Episod 4 : Jurutera jadi jururawat..huhuhu~~



Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Jawabnya
I wanna be somebody~~
(lagu : I wanna be somebody - Alarme)


Masa berganti masa, hari berganti hari, sedar tak sedar, sudah empat hari aku berada di kampung Chroy Meantrey ini. Untuk hari yang keempat ini, aku secara sukarela menawarkan diri untuk membantu kerja-kerja di klinik sementara yang kami buka khas untuk menjalankan operasi berkhatan beramai-ramai untuk kanak-kanak islam kemboja. Mula-mula rasa takut jugak. Was-was pun ada. Bolehkah aku jadi jururawat ni? Jangan silap langkah sudah. Bahaya, Tapi bila tengok kawan-kawan yang dah dua hari jadi jururawat ‘tak terlatih’ ni relax je muka diorang bila membantu doktor apa yang patut, tiba-tiba aku rasa macam nak mencabar diri. Lagipun, dulu pernah jugak bercita-cita nak jadi doktor, tapi tak berkesampaian. Alang-alang dah ada peluang di depan mata, baik rebut peluang tu, rugi kalau dilepaskan begitu sahaja…ceh, macam iklan la pulak…huhuhu….

Mula-mula aku buat kerja yang ringan-ringan je seperti membasuh alatan-alatan yang sudah digunakan. Kerja ni memang sangat senang, tapi kalau basuh tak bersih, pesakit yang seterusnya akan terdedah dengan bakteria dan kuman. Selain itu, aku menyediakan ubat-ubatan dan alat-alat dan disusun di atas meja.

Tak lama lepas tu aku diberi peluang untuk assist doktor. Fuhh mula-mula memang takut jugakla, tapi bila lepas dua tiga orang pesakit, rasa takut tu dah takde dah. Dalam otak cume fikir supaya berhati-hati, takut berlaku kejadian yang tak diingini. Ini memang jadi pengalaman berharga yang memang tak boleh dilupakan. Tak dapat jadi doktor, jadi jururawat pun ok ape…huhuh. Selain kutip pengalaman, dalam masa yang sama aku boleh bantu orang yang memerlukan pertolongan. Tambahan lagi orang yang memerlukan bantuan itu adalah orang islam, saudara kita walaupun berlainan bangsa, warna kulit dan rupa. Kalau tak silap ada hadith menyatakan bahawa, tak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudara mereka sendiri (riwayat bukhari dan muslim) bila kita sayang seseorang, mesti kita akan bantu dia jika dia dalam kesusahan. Betul tak??? (tazkirah pendek sekejap…heheh)

2 comments:

  1. Waaah~!! Bez2! Kutip pengalaman. Farah ikut program ape ni? Tetibe rase nak ikut jgk. K.Wee suke jer benda2 alah volunteer nih. Ahaha! (^_~)v

    ReplyDelete
  2. mmg best, huhuh ni join nichea area @ community service, yang ni tugasan terakhir, kene buat community service international nyer, jomlaa.. sayepun mcm nak join ngo lepas graduate ni, insyaallah huhu~~

    ReplyDelete

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P