“jom-jom undi, ini untuk kali yang terakhir, tahun depan dah takde kat sini dah, huhuhu”
“eihhh, buat apa nak mengundi?? Kita bukan ada lagi kat sini next sem….”
“betul jugak, huhuh tapikan, this is for the next generation, diorang belum masuk lagi, jadi kita yang dah nak keluar ni boleh wakilkan diorang, betul tak??? huhu”
Yup, THIS IS FOR THE NEXT GENERATION. Jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri. Cuba korang fikir, apa akan jadi kat adik-adik junior kalau kita tak pilih wakil pelajar@pemimpin yang betul-betul layak? Terbelakah diorang?? Akan tertindaskah diorang?? Kerana mempunyai pemimpin yang tak bertanggungjawab. Lama kelamaan universiti akan hancur jika student tidak mendapat hak yang sebenarnya. Korang suka ke tengok university tempat korang belajar dulu menjadi hancur disebabkan oleh tangan wakil pelajar yang tak bertanggungjawab? Keluar dalam berita cerita-cerita yang tak baik pasal uia memang sangat menyedihkan. Moga pisang tak berbuah dua kali.
(Sekarang besarkan skop university kepada sebuah negara. Tukarkan wakil pelajar kepada wakil rakyat dan student kepada rakyat)
THIS IS FOR THE NEXT GENERATION. Jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri. Cuba korang fikir, apa akan jadi kat anak-anak kita kalau kita tak pilih wakil rakyat@pemimpin yang betul-betul layak? Terbelakah diorang?? Akan tertindaskah diorang?? Kerana mempunyai pemimpin yang tak bertanggungjawab. Lama kelamaan negara akan hancur jika rakyat tidak mendapat hak yang sebenarnya. Korang suka ke tengok negara tempat korang menetap dulu menjadi hancur disebabkan oleh tangan wakil rakyat yang tak bertanggungjawab? Keluar dalam berita cerita-cerita yang tak baik pasal Malaysia memang sangat menyedihkan. Moga pisang tak berbuah banyak kali.
(Hoi hoi!!! Jangan gelakkan aku. Memang aku takde anak lagi, huhuhuhu….)
Tapi korang kena ingat, kita tak akan menetap kat Malaysia ni untuk selama-lamanya. Satu hari kita akan menutup mata dan generasi akan datang yang akan mewarisi Malaysia. Adakah korang suka anak-anak kita hidup dalam ketidakselesaan di Malaysia ini??? Tepuk dahi tanya diri.
Jadi aku menyeru korang semua, marilah kita ramai-ramai keluar mengundi pada PRU-13. Aku memang menyesal gila-gila sebab tak mendaftar sebagai pengundi. Kalau tak aku dah jadi pengundi paling muda di PRU yang lepas, huhuhu. Yang mana masih tak mendaftar sebagai pengundi, jangan lupa untuk mendaftar. Memang lambat lagi PRU yang akan datang, tapi tak salah kalau mendaftar awal. akupun dah mendaftar, takmo pisang berbuah dua kali, huhuhu adakah aku sedang berkempen?? Heheh
“marilah mendaftar sebagai pengundi,” selamat berfikir :P
No comments:
Post a Comment
-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P