Drama melayu? Thumbs up!!

Puas aku kutuk cerita melayu di entry yang lepas disini, kali ni aku nak puji pulak….
Bermulanya kisah….Di satu malam yang hening, dalam bilik di mahallah asma,


Aku: woi, tengok tv!! Tengok cerita ape? Aku nak join sekali!! Hehe

Kawanku: ni haa, tengok kapten kitz, Aku tak nak tengok, budak ni nak tengok sangat,
terpaksalah aku tengok, hmmm.

Aku: wehhh, best ar, aku suke tengok!!! Huhuhu

Kawanku : HAH!! Ko pun suka tengok, apelaah yang best sangat tengok kapten kitz nih??


Yup, kapten kitz memang best, aku x tau la dia ada ditayangkan lagi ke tak sekarang ni. Kenapa aku kata best?? Even though aku tengok 2 episod je. Firstly, sebab tu cerita melayu yang bawak konsep berlainan, macam ala-ala sains gitu, huhuh. Walaupun cerita tu tak masuk akal, (contohnya masuk satu benda dalam kotak masa boleh tukar jadi benda lain, …hahahaha memang aku gelak besar time tu, tak logic, tak logic.. ala ala doraemon tu) tapi tak silap dia still bagi info yang betul bila kat last2 cerita tu. Cerita lain pulak macam bio-nik dan cicakman pun best gak. Satu kemajuan kepada cerita melayu, huhu…

Tadipun dalam kelas Dr. Mai cerita pasal benda nih, diapun suka tengok cerita yang macam ada kaitan dengan sains (ingatkan aku je yang suka tengok benda mengarut, huhuhu). Dr. Mai kata orang yang buat cerita tu kene kreatif, untuk hasilkan cerita yang kreatif, orang yang tengokpun boleh jadi kreatif, bila dah kreatif boleh buat duit. Bila buat duit boleh jadi kaya. Bila dah kaya, boleh set up kilang pharmaceutical banyak-banyak!!!! huhu

Nak tau x?? Masa aku kecik dulu-dulu suka sangat tengok XX-ray. Orang boleh jadi halimunan, tiba-tiba hilang entah ke mana. Tapi masa kecik, mana la faham benda tu tak wujud kat dunia, hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, erkk.
Dan lagi, aku peminat setia power rangers, huhuhuh banyak series die aku ikut, sampaikan aku dah masuk sekolah menengahpun tengok lagi cerita tu. Sekarangpun, kalau tiba-tiba ada cerita yang sewaktu dengannya macam storm rider ke ultraman ke aku still tengok. Suka tengok teknologi cerita tu, mantap, perghhh.

Kita ni, orang Malaysia boleh terima cerita mengarut orang putih, X man, heroes, supernatural, apa lagi?? Banyaklaa cerita yang x masuk akal, tapi kalau melayu buat cerita yang pelik-pelik sikit, susah kita nak terima, mungkin masih janggal, mungkin…

Banyak cerita melayu sekarang ni jugak pasal hantu, huh x berkembang minda langsung!! Kata nak mencapai wawasan 2020, nih kita kembali ke belakang, (hmmm aku kutuk cerita melayu lagi)

Tapi kalau banyak cerita melayu buat macam cerita power rangers ke, hulk, superman and buat cerita mengarut ke mcm Xman, Heroes ke tak kesahla tapi memang aku akan sokong, ala ala macam cerita jepun yang aku pernah cerita di entry yang lepas, disini. Sekurang-kurangnya susah laa cerita luar nak masuk, betul x?? dan lagi nampak la kreatif sikit, sebab kena guna teknologi yang mantap. Otakpun kena banyak berfikir untuk menghasilkan cerita yang real dan kreatif serta innovative, erk…Betul x? betul ke x? “betul betul betul,” upin dan ipin membalas….hmmm aku merepek lagi.

No comments:

Post a Comment

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P