Drama melayu corrupt!!!

Kenapa aku cakap macam tu?? Entahla, mungkin sebab aku suka tengok cerita jepun, huhuhuu. Tapi memang betulpun, bila aku nak copy cerita dari member, diorang offer cerita nur kasih (al maklum duk asrama mana ada tv kat bilik) tapi aku cakap, “ nanti dulu!!, bagi cerita jepun je, kalo betul dah bosan xde cerita jepun boleh aku tengok baru aku amik cerita nur kasih,” haa macam tu la ayat aku. Mesti ramai kritik sebab ramai je suka tengok nur kasih, siap keluar dalam berita anggaran 5 juta penonton tengok episod akhir nur kasih (aku tak tengok sebab tertidur, huhuh). Siap masa tengah beraya (time tu raya haji) sedara kata

“malam ni off telephone, nak concentrate tgk cerita nur kasih,”

huhu siap macam tu sekali penangan nur kasih.Bukannya aku nak kata nur kasih x bagus, tapi sangat bagus, cerita yang menarik, mesej yang padat, ada unsur islam dan semestinya sebab ada scene die buat kat UIA, my garden of knowledge and virtue, cehhh… tapi yang x bestnya, cerita nur kasih macam lembap (panjang sangat x larat nak ikut, huhuh) dan kalo korang perasan ada scene-scene yang tak patut ditayangkan untuk budak-budak bawah umur terutamanya macam adegan adam dan bini keduanya (tak ingatla nama die apa ntah). Taulah dalam cerita tu diorang suami isteri, tapi in reality life diorang masih perlu jaga batas.

“alaa berlakon je la tuh, xyah laa emo sangat!!”

memang benda tu berlakon je, tapi benda tu macam kita ajar budak bawah umur perkara yang tak elok. Bukan nur kasih je, aku rasa dalam syurga cinta pun ade scene yang tak patut untuk ditonton seisi keluarga. Mula2 dah cerita kehidupan liar seorang pemuda, minum arak, kaki perempuan, pergi disco. Aku taulah nak ceritakan kehidupan seorang lelaki sebelum bertaubat, tapi tak payahlah tunjuk scene2 yang jelik mata memandang. Erk malulah kalo tengok cerita tu dgn parents, abang, kakak dgn anak buah aku, malu!! Kalau diikutkan scene yang x bagus dalam dua cerita ni memang sikit dibandingkan dengan mesej yang dibawa sangat banyak, tapi la, pandangan aku laa buat cerita yang betul-betul “bersih” tak rugikan??

Dalam banyak-banyak cerita melayu, aku paling suka tengok cerita arahan Rashid Sibir (contohnya pondok burok, surah terakhir, panggilan dari kubur,…etc), sampaikan aku boleh tengok berulang kali. Kenapa aku suka tengok cerita dia? Pertama, banyak mesej tersirat, dan berunsurkan islam. Kedua, sebab banyak scene dia buat kat Melaka (eheh, Melaka memang cun, rumah kayu bertangga batu selalu menjadi pilihan pengarah…huhu) dan mungkin sebab cerita dia kebanyakan memang “bersih” (walaupun aku rasa ade je scene yg x bagus).

Cerita yang aku sebut sebelum ni, aku boleh terima lagi, yang aku betul-betul tak boleh terima cerita macam KL drift, remp it, anak halal dan yang terbaru ni ***ang (x ingat tajuk die ape, yg pasti word die bunyi macam x bagus). Adehh apa dah jadi dgn Malaysia, negara Islam boleh keluarkan cerita yang “zero”, no value (kalau ada sikit sangat), no ethics dan apa lagi. Tengok dia punye iklan pun aku dah rase malu nak tengok. Alasan camera trick, ishh tolonglaa, pengarah drama melayu telah membuat serangan minda ke atas budak-budak bawah umur yang masih lagi suci pemikirannya. ‘Penapis filem’ dah ‘bocor’ ke sampai scene yang x elok pun ‘tercicir’? adehh tolonglaa sebelum terlambat, hentikan semua ini!!!!

“weh, ko ingat cerita jepun bagus sangat ke??”

mesti ade orang pertikaikan, tapi diorang kafir, bukan islam, aku boleh terima laa sebab diorang punya agama x menghalang (ye ke x menghalang?? xtaula) lagipun aku ade pilihan, x payahlah tgk scene yg x bagus, boleh forwardkan or tutup mata (since aku tengok sorang2, huhu)…amek mesej die sudah, amek yang baik, tinggalkan yang buruk….Tapi cerita melayu, dilakonkan oleh orang melayu, yang beragama islam. Erkkk aku susah nak terima!!!

2 comments:

  1. xtau la nk komen ape,sbb sy pn xsuke tgk cite melayu..hehehehehehe...tp btul gk la..cite melayu nh cm geli nk tgk..hehehehe..tp satu je klu bab bab kekekuargaan,cite melayu..erm not bad..

    ReplyDelete
  2. yup betul2 x dinafikan cite pasal kekeluargaan mmg ade, okla..mcm satu pokok mangga, x semestinye semua buah mangga tu menjadi, mesti ada yang busuknye sebab kena makan ulat, mcm tu la drama orang melayu, erkk~~aku berpuitis lagi heeee.

    ReplyDelete

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P