Episod 1 : menerjah awan




Burung terbang
Menerjah awan
Kerana sayapnya…
Kuterbang
Menerjah awan
Demi hasrat yang membara…
(lagu: Terbang menerjah awan - Farahwahida)


Hari ini dalam sejarah. Buat pertama kalinya, untuk sekelian kalinya aku terbang tinggi macam burung. Cuma bezanya dengan burung, aku naik kapal terbang untuk berada di sebalik awan. Bukannya selalu dapat naik kapal terbang ni. No money no fly , bak kata hatiku…huhuhu. Rasa teruja pula bila dapat lihat keindahan bumi dari atas. Dapat tengok bangunan-bangunan yang dah jadi macam kotak mancis. Kenderaan yang lalu lalang bak semut yang sedang bergerak mencari makanan untuk sang ratu dan kaum kerabatnya. Nak tengok manusia dari atas? Lagilah mustahil, manusia dah jadi macam saiz habuk-habuk kecil kot, langsung tak nampak…hmm.

Kali ini terbang di awangan, bukan nak melancong semata-mata,tapi membawa segunung harapan agar misi di Kemboja untuk kali yang ke-3 berjalan dengan lancar tanpa banyak masalah yang mungkin timbul. InsyaAllah, bila hati ikhlas, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Ramai juga yang mempertikaikan tujuan aku ke Kemboja. “tak payahla pergi Kemboja, tu pergi tolong selamatkan mangsa tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa,” haa macam tu lah lebih kurang apa yang dia orang cakap. Rasa macam api semangat yang membara dah hampir padam. Memang pada mulanya akupun malas nak pergi, buat apa tolong penduduk negara lain, sedangkan yang ada kat dalam negara ni pun memerlukan pertolongan, pernah hatiku berkata-kata sedemikian, tapi bila keluarga dah bagi green light, kawan-kawan ramai yang beri galakkan, akupun dah basuh otak aku ni bersih-bersih, jadi tak ada alasan lagilah kenapa aku tak boleh pergi.

Bila tengok pemandangan di luar tingkap kapal terbang, rasa sangat teruja. Cantik, sangat cantik. Ya Allah, sungguh dahsyat ciptaanMu. Tak ada sesiapalah yang boleh lawan. Saintis boleh mengenal pasti awan, tapi tiada seorangpun yang boleh buat awan. Betul tak? Ada sesiapa nak bantah?? For sure tak ada. Kalau ada, orang tu memang ‘sakit’ huhuu. Tapi, kenapa manusia masih ramai yang ingkar perintahNya? Akupun termasuk dalam golongan itu. Ya Allah, ampunkan hambaMu yang hina ini sebabnya…

Aku manusia
Pelakon cerita
Di pementasan alam
CiptaanNya
Bukan sengaja
Melanggar arahan
Kadang terlupa
Watak dan peranan
Aku manusia~~
(lagu: Aku mahu pulang - Amuk)


Masuk je ke dalam perut kapal terbang, perut mula berbunyi. Makanan sendiri tak boleh bawa naik atas. Terpaksalah beli makanan dalam kapal terbang. Pulak tu, mahal. Bayangkan, sandwich yang harganya boleh dapat RM1.50 jadi RM7.00!! ishh, amik kesempatan betul.Tapi nak buat macam mana lagi. Dalam perut ni dah ada macam orang tengah bermain alat muzik, asyik berbunyi sejak menjejakkan kaki ke dalam kapal terbang.

Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam15 minit. Alhamdulillah, mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kemboja. Ketika dalam perjalanan nak ke tempat persinggahan, dapatlah tengok kehidupan orang Kemboja di jalanan. Berbeza sangat dengan Malaysia. Contohnya motosikal, penumpangnya melebihi seorang. Pendek kata, selagi boleh bawa motosikal tu, selagi itulah penumpang akan bertambah. Topi keledar pula, jarang nampak orang pakai. Tapi kebanyakan orang yang lalu lalang, tak kiralah sama ada pejalan kaki atau menaiki kenderaan, majoritinya akan memakai topeng penutup hidung dan mulut,alaa macam doktor dan jururawat selalu pakai tu. Memang keadaan jalan memaksa mereka pakai benda tu. Hampir semua jalan raya di Kemboja tidak berturap. Bila tengok keadaan di Kemboja, rasa bersyukur sangat dilahirkan sebagai warganegara Malaysia. Malaysia boleh!!! ~~heheh






No comments:

Post a Comment

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P