Episod 6 : Indahnya dalam Bersamaan~~



Alhamdulillah wa syukurillah
Bersukur padaMu Ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah semua perbedaan~~
(lagu : Alhamdulillah – Opick/ Amanda)


Hari keempat aku di kemboja barulah berkesempatan solat berjemaah bersama kaum hawa di kampung itu. Penat aktiviti di siang hari masih lagi bersisa, namun aku gagahkan jua kaki melangkah menemui saudara seagama yang lain. Bukannya selalu dapat berjemaah macam ini, nak-nak berjemaah dekat negara yang asing. Terasa ukhuwwah antara kami dan penduduk kampung terjalin erat bila sama-sama mendirikan solat untuk menunaikan kewajiban kepada Allah yang esa.


Usai solat maghrib, kak Fatin dan Ibu memperkenalkan diri kepada penduduk yang hadir dengan bantuan seorang penterjermah. Kak Fatin dengan bantuan beberapa orang pelajar, mengajar penduduk kampung bacaan doa selepas membaca al-Qur’an. Papan putih ada disediakan di surau itu jadi tak susahlah untuk mengajar. Namun, kebanyakan daripada mereka masih tak berapa fasih membaca ayat-ayat al-Qur’an, jadi kak Fatin mengajar ayat itu satu persatu kepada mereka sehinggalah masuknya waktu solat isya’. Selepas itu kami bersalaman antara satu sama lain sambil mengalunkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Nak diceritakan di sini, habis bersalaman, semua bersiap sedia untuk pulang ke rumah masing-masing, tetapi tiba-tiba aku terlihat dua tiga orang makcik yang meluru ke hadapan semata-mata untuk menghafal doa yang baru diajar sebentar tadi. Mereka sangat bersungguh-sungguh untuk menghafal doa itu. Aku sangat teruja melihat mereka. Rasa malu dalam diri ada jugak sebab mereka yang dah berumurpun sangat bersungguh-sungguh menuntut ilmu, tapi aku yang masih bertenaga nipun payah untuk menuntut ilmu. Kadang-kadang malas mahu ke kelas, kerja yang lecturer bagipun selalu je tertunggak. Timbul rasa insaf dalam diri, harapnya berkekalanlah rasa insaf tu, jangan sekejap je. (Ini nasihat untuk diri aku dan sesiapa je lah).

2 comments:

  1. jeleznyer. nak jugak g kemboja. ;p

    ReplyDelete
  2. sangat jelez ek?? hehehe saya mula2 pergi kena paksa, tapi bersyukur dipaksa sebab kalo tak, takdenye dapat pengalaman best ni, hehehe

    ReplyDelete

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P