Adat meminjam~~

Bagi aku, kalau dah pinjam barang orang,si peminjam kena pulangkan balik seperti dalam keadaan asal. Aku rasa tuan punya barangpun mengharapkan barang dia kembali padanya seperti sediakala. Ini normal, semua orangpun mengharapkan perkara yang sama seperti tuan punya barang tu. Kalau ada orang yang tak kisah barang dia jadi cacat lepas dipulangkan semula kepadanya, itu memang tak normal. Kalau tak sengaja, mungkin dimaafkan, tapi kalau didalam kesedaran, hmm tak patut si peminjam buat macam tu. Walaupun benda yang nak dipulangkan kepada tuannya itu tak 100% seperti keadaan asal, tapi orang yang meminjam perlu berusaha untuk mencapai 100% kesempurnaan, sebab tuan punya barang telah memberi amanah kepada si peminjam. Bila dah amanah tu, si peminjam kenalah bertanggungjawab menjaga barang yang dipinjam supaya tidak rosak dan cacat. Betul tak apa aku cakap ni? Korang setuju taka pa aku cakap ni?? Korang faham tak??

Sebenarnya, kalo korang perasan, kita semua adalah peminjam yang abadi. Herrmm aku nak cakap, start kita bernafas kat dunia sampailah kita mati dan dibungkus dengan kain kapan kita adalah peminjam yang terulung, sebab semua badan, jantung, tangan, kaki, hempedu, usus besar, usus kecik, buah pinggang, lidah, gigi, hati, limpa, paru-paru, mata, telinga dan apa lagi? (kalau tak cukup tambah sendiri), semua tu milik Allah. Betul tak aku kata kita ni PEMINJAM yang terulung?? Hermm

Tak cukup tu aje, kita ni jugak adalah PEMINJAM YANG PALING BANYAK MEMINJAM. Kita pinjam bumi, bulan, matahari, angin, air, tanah, udara, tumbuhan, haiwan, tenaga elektrik, tenaga solar.

Jangan tak tahu, baju, kain, katil, bantal, laptop, telefon, beg, kerusi, meja, calculator, ilmu pengetahuan sume bukan kita punya. Kita pinjam je. Kalau Allah tak izinkan memang kita tak dapat tu semua. Betul tak??? Kalau salah, betulkanlah yerp!!

Dan lagi, mak, ayah, along, abang, acik, kakak ipar, anak-anak buah, wan kat kampung, saudara-mara, jiran tetangga, kawan-kawan semua tu Allah bagi pinjam kat kita.

Bila dah bagi pinjam tu, maksudnya kena sedar diri lah tu bukan kita punya. Bila dah bukan kita punya, kita secara tak langsung diberi amanah untuk jaga semua yang bukan milik kita, maksudnya kita kena bertanggungjawab jaga baik-baik laa supaya nanti bila kita pulangkan balik kat Pemilknya, semuanya akan berada dalam keadaan sempurna. Kalau tak jaga baik-baik, kemungkinan besar Pemilik akan amik balik apa-apa yang Dia bagi pinjam tu dan barulah time tu kita akan menyesal, menyesal dan menyesal.

Aku nak cerita banyak lagi tapi biar sampai sini dululah. Nak bagi korang berfikir apa yang aku akan sambung untuk entry ini pada masa akan datang kalau aku hidup lagi, InsyaAllah. Selamat berfikir :P

No comments:

Post a Comment

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P