Kamu jangan sibuk pasal orang
Kamu jangan cari kesalahan orang
Kamu jangan kutuk orang
Kamu jangan mengumpat orang
Kamu tahukan,
kamu macam makan daging saudara sendiri bila kamu mengumpat
Tergamaknya kamu makan daging saudara sendiri??
Kejamnya kamu melahap daging saudara sendiri??
Kamu manusia ke atau binatang karnivor?
Ingat kamu tu baik sangat?
Ingat kamu tu alim sangat?
Ingat kamu tu tak pernah buat dosa?
Ingat semua orang suka kamu?
Ingat apa yang kamu buat tu betul?
Ingat apa yang kamu buat dia boleh terima?
Kamu tahukan, satu jari tunjuk arah dia
Tapi empat jari lagi balik kepada kamu!!
Sudahlah, yang dah lepas jangan diingat lagi
Yang dah berlalu jangat diungkit lagi
Bersangka baik dengan dia
Mungkin dia tak sengaja
Diapun manusia macam kamu
Dia tak boleh lari dari buat silap
Tapi kalau kamu rasa,
Diri kamu memang betul dizalimi
Mintak petunjuk daripada Allah
Mintak panduan daripada Allah
Kerana doa orang yang dizalimi,
Mudah dimakbulkan Allah
Tapi kalau betul dia salah,
Maafkanlah dia
Kamu tahukan,
Allah suka orang yang pemaaf
Rasulullah adalah seorang yang pemaaf
Bukankah kita disuruh mencontohi sifat Baginda?
Kamu nak dapat syafaat tak?
Kalau nak, ikut cakap Rasulullah (saw)
Biarlah dia buat jahat pada kamu
Tapi pastikan kamu tidak berdendam
Jangan sebab dia buat jahat pada kamu
Kamupun nak jadi jahat macam dia
Kamu tahukan,
Orang berdendam hatinya sakit
Orang berdendam hatinya keras
Orang berdendam hatinya hitam
Bila hati dah sakit, keras dan hitam
Ilmu susah nak masuk
Ibadah susah nak dikerjakan
Syaitan mudah nak merasuk
Kalau dah jadi macam tu
Macam mana nak dapat redha Allah?
Macam mana nak masuk syurga?
Macam mana nak dapat syafaat?
Kamu, fikirkanlah sedalam-dalamnya…
Kita hidup tak lama....
No comments:
Post a Comment
-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P