Cerita ni dah lama, masa aku training kat serdang dulu. Ada dialog yang ditokok tambah dan ditukar ganti, sebab aku dah lupa ayat sebiji-biji time tu, huhuhuh tapi maksudnya still sama. Tiba-tiba aku teringat kisah tu, jadi aku nak ceritakan kat sini.
Bermulalah kisah bila abang angkut aku dari rumah sewa kat puchong. Tengah dalam perjalanan kat highway, tiba-tiba ada seorang mat rempit tengah bawak motor laju.
Abang:laju tuhhh, kalau mati padan muka
Aku: mati kalau tak menyusahkan orang takpela jugak. Ni menyusahkan, nanti sesak, dah jadi lambat, sebab jalan yang kotor nak tunggu dibersihkan , tambah tunggu orang angkut mayat. Memang menyusahkan.
Abang: melainkan mayat bangun balik pastu jalan sendiri pergi kubur. Korek kubur sendiri pastu tanam diri sendiri pastu timbuskan diri sendiri. Ni memang tak menyusahkan.
Hahahahahaha, aku tak dapat bayangkan. Korang? Gelak sama dgn aku jugak tau, hehehehe
Moral of the story: bila kita mati, kita tetap kena menyusahkan orang, walaupun ko kata ko tak menyusahkan orang. Oleh itu kita kenalah buat baik selalu supaya ada yang nak tolong mandikan+kafankan+solatkan+kuburkan+doakan kita nanti ….hihihihihi
p/s aku rasa moral ni cam kuar tajuk…huhuhu tak kesahla…… selamat berfikir :P
No comments:
Post a Comment
-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P