Hanyut~~

Nak share dengan pelawat-pelawat blog ni lagu yang paling aku suka sekarang, hayati lirik dia, ni UNIC nyanyi. Meh sama-sama kita recall balik apa asal usul kita, kenapa kita hidup, macam mana nak hidup, apa akan jadi pada kita nanti, apa dah jadi pada nenek moyang kita yang dulu, sebab apa diorang jadi macam tu, balasan kepada mereka yang sesat, ganjaran kepada mereka yang dengar cakap Allah dan rasul, rintangan ketika hidup dan apa-apa lagilah. Liriknya bukan rekaan semata-mata, memang dah tertulis dalam Quran.

Semua persoalan dalam hidup kita Allah dah bagi tahu dalam Quran, panduan hidup kita. Memang ilmu dalam Quran banyak sangat dan kadang-kadang dalam satu ayat je Allah terangkan macam-macam ilmu, jadi Allah dah hantar rasul supaya terangkan perkara yang kita tak faham supaya lebih faham dengan adanya Hadis supaya akal fikiran kita boleh terima dengan mudah. Bila kita pegang dua ni, kita takkan sesat, InsyaAllah. Mungkin tafsiran aku lain daripada tafsiran korang, jadi apa lagi aku nak cakap, marilah kita guna otak dengan semaksima mungkin dan selamat berfikir :P (panjang pulak intro ek, hehe~~)




Cipta dari segumpal darah,
jelma seraut wajah,
rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji,
tunduk hanya kepadaNYA.

*Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.

Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwa yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

repeat (*)
rebut fatamorgana 3x


No comments:

Post a Comment

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P