chicken dance
Hari ini, 17 Disember 2008 kami meneruskan tugasan yang telah di beri. Termasuk hari ni, dua kali dah aku jadi nurse yang tak bertauliah, huhu…. Pagi-pagi dah bersemangat pergi ke klinik, sediakan apa yang patut. Skuad module pula dah mula memanggil kanak-kanak kemboja dengan tarikan lagu ‘chicken dance’. Suka sangat mereka dengar lagu ni. Bila dengar je lagu ni, terus mereka berkejaran beramai-ramai menuju ke arah sumber lagu itu datang. Tengok diorang gelak ketawa, rasa nak kembali ke zaman kanak-kanak, zaman yang bebas dari masalah dan tanggungjawab, (hmm bagi aku la).
Sambung cerita kat dalam klinik pulak, ramai dah kanak-kanak datang menunggu giliran masing-masing. Aku pun menjalankan tugas yang telah diberi. Sambil melakukan kerja, doktor dan aku sempat berbual pendek. Kata doktor, orang Islam di Kemboja terutama yang berada di kampung Chroy Meantrey ni tak cerewet seperti orang di Malaysia. Diorang tak kisah tentang kesihatan, kalau ade sikitpun, tak seperti ibu-ibu di Malaysia, tak boleh main kotor la, makanan kena jaga lepas tu kena makan vitamin. Kalau nak diikutkan, memang tahap kesihatan di Malaysia lebih baik berbanding di Kemboja, tetapi orang di Kemboja masih tetap boleh hidup bahagia menjalani kehidupan mereka seharian. Mereka masih lagi boleh tersenyum walaupun kehidupan mereka masih lagi serba kekurangan. Hmm fikirkanlah….
Apa silapnya entah, hari ini ramai pesakit yang sudah berkhatan datang semula ke klinik mengadu sakit. Ada yang mengalami pendarahan dan ada juga yang susah untuk berhadas. Bila dah sampai tahap ini, aku dah rasa lain macam. Mungkin inilah sebabnya kenapa aku tak meneruskan cita-cita sebagai doktor. Aku tak boleh tengok orang yang berada dalam kesakitan, nanti aku pulak yang sakit, hehehe….
Di satu sudut, ada seorang kanak-kanak ditemani ibunya datang untuk mengadu yang anaknya sentiasa menangis kesakitan. Doktor pun tengoklah apa yang patut. Aku, jadi pak tunggul, tak tau nak buat apa. Entah apa yang doktor buat, menyebabkan sang anak itu bertambah kuat teriakannya. Kesian, nak tolongpun aku tak tau nak tolong apa. Si ibu pulak, setia menanti disisi anaknya, menenangkan sang anak yang berada dalam kesakitan. Terlihat wajah sang ibu, setitis demi setitis air matanya menyirami bumi. Ibu mana yang sanggup tengok anaknya dalam kesakitan. Kasih ibu, memang tulus.
Uwaaaaa teringat parent aku kat kampung, apa khabar la diorang agaknya ek? Nasib baiklah aku dah biasa berjauhan, dari kecik dah biasa merantau, kalau tak lame dah aku meraung, huhuhuhu….
salam..
ReplyDeletewah..bestnya..bagusla g program2 cam ni..at least bila tengok hidup orng lain kurang sempurna compared ngan kita, kta akan rasa bersyukur n gembira ngan pa yg ada..
bagus2...
yup2 memang best!! pengalaman yang tersangat berharga, memang lepas balik tu bersyukur sangat2 lahir kat Malaysia, at least kat sini dapat bekalan air yang bersih dan makanan yang cukup, serta peluang pendidikan yang sangat banyak...alhamdulillah
ReplyDelete