Dulu dia selalu bersedih,
Sebab teringatkan kisah lampau dia,
Tiba-tiba kau singkirkan dia,
Tiba-tiba kau pulaukan dia,
Kau kawan dia,
Kawan yang sentiasa mengekorinya,
Kawan yang sentiasa bersamanya,
Kawan yang mengulangkaji bersamanya,
Sehari tak bertegur sapa,
Dia agak mungkin kau ada masalah,
“biarkan hatinya tenang,” kata hati dia,
Tiga hari tak bertegur sapa,
Dia dah tak sedap hati,
“aku ada buat salahkah??” hati dia berbisik lagi,
Seminggu tak bertegur sapa,
Dia kebingungan,
“apa salah aku??” hati dia dahagakan jawapan,
Dia biarkan persoalan itu bermain diminda,
Dia bertekad tak mahu perkara itu mengganggu fikirannya,
Dia berusaha untuk melupakan masalah itu buat sementara waktu,
Kerana tika itu dia perlu bersedia untuk berjuang,
Menjawab pelbagai persoalan di atas kertas peperiksaan,
Tanggungjawab sebagai pelajar tak boleh diabaikan,
“ini dugaan di bulan Ramadhan,” bisik hati dia,
Sambil mengulangkaji,
Dia tetap mencari jawapan kepada persoalan,
“apa salah aku???”
Malam sebelum hari terakhir peperiksaan,
Dua mesej diterima,
Mohon maaf diminta,
Dia maafkan tanpa rela,
Kerana sedang bersedia untuk perjuangan terakhir tika itu,
Dia malas mahu fikirkan perkara itu,
“biar dah habis exam baru aku tanya dia, apa salah aku” kata hati dia.
Tapi kau tak menjawab soalan dia,
Kau biarkan dia bermain dengan persoalan,
“apa salah aku?”
Usai peperiksaan terakhir,
Sekeping kad diterima,
Kad ucapan salam aidilfitri,
Kau beri kepada dia,
Sekarang sudah hampir tiga tahun berlalu,
Persoalan itu masih bersarang di kepala dia,
“apa salah aku??”
Dulu dia memang maafkan kau tanpa rela,
Sebab dia digantung tak bertali,
Nak tengok muka kaupun dia tak sudi,
Kalau boleh dia tak nak terserempak dengan kau di tengah jalan,
Sekarang dia dah dewasa,
“sedangkan nabi ampunkan umat”
Dia dah maafkan kau dengan ikhlas,
Dia dah boleh bergurau dengan kau macam dulu,
Baguslah, aku bersyukur dia dah berubah,
Dia berkata kepadaku,
“mungkin ini balasan kepada kesalahan yang aku lakukan dulu,”
Cuma dia kini lebih berhati-hati tika berkawan,
Tak mahu terlalu rapat dengan orang katanya,
Dia biarkan orang berkata buruk mengenai sikapnya,
Bukan sombong mahupun bongkak,
Tapi sebab dia tak mahu sejarah lama berulang kembali,
“sangat sakit,” kata dia mengakhiri kisah.
umm.. kdg2 berkawan pon buleh buat hati kita sakit kan? pesan kepada diri; bila cinta, jgn terlalu cinta, dan bila benci, jgn terlalu benci..
ReplyDeleteyerp, kena moderate, tak leh lebih, dan cuba jangan kurangkan... =)
ReplyDelete