Episod 7 : Benchiao~~



Selama beberapa hari aku di Kemboja, jarang sekali makan makanan tempatan. “Bukannye apa, takut perkara lama berulang kembali,” kata Ibu kepada aku dan kawan-kawanku yang ketika kami membuat persiapan untuk ke Kemboja suatu masa dulu. Itu sebabnya bagasi kami penuh dengan bahan-bahan kering di bawa dari Malaysia, beratnya ya rabbi, tak boleh nak ditafsirkan dengan kata-kata, huhu…. Alhamdulillah ketika di Kemboja, kami dibekalkan dengan air minuman yang bersih.

Satu malam, ketika selesai program di surau bersama penduduk kampung, kami dijemput untuk makan di rumah seorang penduduk yang juga orang yang banyak membantu kami sepanjang berada di kampung ini. Kalau nak diikutkan hati memang malas nak pergi, tambahan pula penat melakukan kerja di siang hari masih lagi bersisa. Lagipun skuad memasak kami sudahpun menyediakan makanan untuk kami. Tapi bila memikirkan pelawaan penduduk kampung itu, rasa bersalah pula untuk menolak pelawaan beliau. Bak kata orang tua-tua, orang berbudi, kita kena berbahasa. Haa macam tu lah lebih kurang pepatahnya. Kami langkahkan kaki jua ke tempat yang harus di tuju.

Bila sampai tu, ramai jugalah yang menyambut kami. Rasa diri macam artis pulak, huhu…. Kami dihidangkan dengan makanan tempatan mereka, namanya Benchiao. Biasalah mula-mula tuh, memang tengok macam pelik, almaklumkah bukan makanan kita, tapi tak cuba, tak tahu best ke tak. Aku pun try la sikit. Boleh tahan jugak la rasanya. Tapi, aku tak boleh makan banyak-banyak, takut perut aku sensitif dengan makanan di sana. Bukan nak kutuk, tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Cerita madam mengenai rombongan yang ke Kemboja pada April 2008 cirit-birit dan muntah-muntah, sentiasa bermain-main dalam otak aku. Harap sangat tak jadi apa-apa yang tak diingini berlaku selama kami berada di bumi asing ni. Usai makan, kami beransur pulang. Terasa ukhuwwah antara kami dan penduduk kampung terjalin erat. Harapnya berkekalan walaupun terpaksa berpisah satu hari nanti. Ameen.

No comments:

Post a Comment

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P