Pagi ni dengar berita kematian seorang lecturer UIA kembali kepada Tuhan sekelian alam, (mari sedekahkan al-fatihah).Dia pergi selepas baru sahaja mendapat gelaran professor. Allah lebih menyayanginya. Empat tahun yang lepas, sahabat aku terlibat dalam kemalangan dan mati di tempat kejadian. Dua hari yang lepas pula hari ulangtahun pemergian sahabat aku yang ke-10, dia pergi ketika umur baru 14 tahun kerana kanser mata.
Marilah kita berfikir sejenak, Allah nak tarik nyawa kita ni, tak kira tua ke muda sebab Allah Maha Kuasa, Dia bagi pinjam nyawa kat kita, Diapun boleh amik balik nyawa tu bila-bila masa je. Masa kita tengah tidurpun Allah boleh tarik, dan entah-entah dalam masa beberapa saat roh kau dan aku berpisah dari jasadnya. Wallahu'alam...
Bila dah tau kita akan mati bila-bila masa, apa yang kau dan aku kena buat??
apa yang kau dan aku kena buat??
setiap masa kau dan aku kena berusaha kumpul amalan,
setiap masa kau dan aku tak boleh zalim dengan makhluk Allah yang lain,
setiap masa kau dan aku kena banyak mengingati Allah,
setiap masa kau dan aku tak boleh melakukan perkara sia-sia,
setiap masa kau dan aku kena lawan nafsu,
setiap masa kau dan aku kena lawan syaitan yang suka menghasut,
dan setiap masa kau dan aku perlu bertaubat,
Ya Allah,
berilah kami peluang mengumpul amalan di dunia,
agar timbangan pahala melebihi dosa,
agar berjaya melalui titian siratMu tanpa ada masalah,
agar terpilih menetap di syurgaMu untuk selama-lamanya,
Ameen Ya Rabb.
entry yang berkaitan klik disini
No comments:
Post a Comment
-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P