Guru vs lecturer

mak, "kenapa tak nak jadi cikgu, kan senang, tengok diorang, habis belajar terus dapat kerja"

aku, "takut budak2 ni tak faham" huhuhu

yep, aku memang terfikir setahun sebelum grad, aku rasa tak boleh jadi engineer (adakah aku lemah semangat?) sebab aku tak rasa aku boleh jadi engineer kot huhu, aim nak jadi researcher la kiranya pulak. Tapi ada terbaca satu buku ni, para muslimah sesuai dengan 2 jenis pekerjaan je, dalam bidang perubatan, dan pendidikan, sesuai dengan sifat perempuan yang lembut (aku x lembut, hehe). Jadi masa tu aku terfikir macam mana nak manfaatkan ilmu, supaya kat akhirat nanti aku ada jawapannya, (rujukan hadis) ....dan cara yang paling mudah untuk manfaatkan ilmu adalah melalui bidang pendidikan. (Ni masa dulu aku duk berfikir macam tu, sekarang tak lagi, sebab cara nak manfaatkan ilmu sangat senang, tak semestinya kena ceburi bidang pendidikan, jangan silap faham). Perubatan memang tak boleh join la, jadi doktor?? bersihkan darah kucingpun aku rasa nak pitam, huhu. Dan lagi, result SPM tak memungkinkan aku jadi doktor, erk~

Dan memang, aku terfikir nak jadi pensyarah atau guru. Tanya pendapat cousin (pure cikgu, memang belajar kat U untuk jadi cikgu), dia kata, "jadi lecturerla, guru dah ramai dalam keluarga kita," dia berseloroh huhu. Akak ipar aku cakap pulak, "jangan jadi cikgula jadi lecturer". Dia lecturer mengajar bakal2 cikgu kat Bangi. Dia tahu ramai yang nak jadi cikgu bukan sebab nak jadi cikgu, tapi sebab dah tak de cara lain nak cari duit. Dan mungkin aku tergolong dalam golongan itu kalau aku jadi cikgu nanti, mueheheh.

Tapi hmm Yep, aku tak nak jadi macam tu, sebab takde kerja lain baru nak jadi cikgu, memang rosak la generasi masa hadapan macam tu. Kecuali la, (dia dah betulkan niat jadi cikgu untuk pandaikan anak bangsa). Dan aku tak nak kacau periuk nasi cikgu2 yang memang patut jadi cikgu. Aku ingat lagi, ada seorang bakal cikgu buat aduan kat berita kat tv beberapa tahun yang lepas, dia kata, dia dan kawan2nya susah nak posting, tapi yang dpli/kpli ni senang je, lebih kurang gitulaa. Hmm tak semua macam tu tau, segelintir.

lagi, cikgu dah ramai, (ada orang cakap, xyah fikir orang lain, erk ini aku takleh terima!!) lecturer negara kita masih kekurangan kan kan?? huhu dan lecturer mengajar budak yang dah berotak masak sikit, cikgu kena kawal budak yang baru dapat otak, huhuhu lagipun aku rasa jadi lecturer macam senang jep dari cikgu, huhuhuh. (Ohh adakah aku ingn jadi lecturer sebab tak de kerja lain?? tidak!!! tidak!!! betulkan niat!!) erk~~

BerIYe iye je aku nak jadi lecturer, padahal belum tentu lagi, huhu (tapi sebenarnya aku nak jadi suri rumah je, senang, tak yah kerja, wooohaaa tapi alamak!! takde laki la pulak nak jadi surirumah, muahahahaha)

Tapi sekarang aku dah start jual beg dan amek tempah jahit baju kurung, alhamdulillah ada juga rezeki sikit, aim nyer nak kumpul duit cukup untuk aku sambung belajar nanti :)

wohh pasal sambung belajar, insyaAllah aku belajar kat UTem, course? master of engineering, (Electronic System), ada yang terkejut x? sebab masa aku amek biochemical-biotechnology engineeringpun ada yang terkejut, huhu....hmm setahun je. insyaAllah. Ada minta UKM, chemical engineering, dapat dah tapi tapi sebab dak syok duk kampung, jadi baik aku amek UTeM, jimatpun ada, rumah takyah bayar sewa, makan jugak, just tong minyak je, huhu~~

Matlamat aku sekarang ni dah berubah, disebabkan aku tak jadi ke UKM, impian nak jadi lecturer kat belakang rumah (sebenarnya MiCET, uniKL, huhu) akan dikuburkan, tapi matlamat sekarang ni berubah kepada NAK JADI LECTURER KAT UTeM SAMBIL BERNIAGA, ok tak??? uhhuhu korang doakan la aku yerp, semoga pengorbanan aku mendapat redha Allah. Pengorbanan??? erk~~~

Aku memang jeles tengok member ada dah jadi engineer, jadi RO jadi exec, hmm tapi takpelah, jalan ni aku pilih, moga dapat keberkatan Allah, Ameen!!

Tapi aku bersyukur kepadaMu ya Allah, atas rezeki yang kau berikan, baki duit biasiswa jpa (terima kasih kepada kerajaan sebab menguruskan duit cukai rakyat dengan baik dan bagi aku biasiswa) dan hasil dari aku ikat perut dulu, (makan sehari rm5, kadang2 kurang) serta tak boros berbelanja beli kasut baju segala bagai lepas duit masuk macam beberapa orang kawan buat, (tu sebab la asyik kata duit ptptn dan biasiswa tak cukup!! hmm tapi tak semua boros, ada kawan terpaksa ikat perut sebab nak hantar duit pinjaman kat keluarga, semoga Allah merahmatimu), aku dapat beli kereta Kelisa sebijik (tapi masih berhutang RM...... dengan abang, thanx bro!! huu) dan aku tak perlu bayar pinjaman pelajaran (memang aim aku belajar dulu nak dapatkan biasiswa dan semoga untuk master ni AKU DAPAT BIASISWA GAK, Ameen!!!)

Rasa senang juga, takde hutang yang menghimpit kecuali hutang dengan abang aku rm.... erk, dan hutang dengan mak yang sampai bila2pun takkan terlangsai, erk. Hutang dgn ayah??? aishh, lagila tak sempat bayar, hmmm. Hmm InsyaAllah, Allah dah sediakan rezeki masing2 cuma cepat atau lambat, yang penting jangan lupa berdoa, semoga dipermudahkan segala urusan :)

p/s:Aku memang seorang yang pelik, tak tau ke???

4 comments:

  1. salam sis,
    tahniah, jadi lecturer lagi ok..ramai gak member2 sy suurh jadi cikgu, kata diorang senang buat loan,tapi aku tak minat. tak munasabah kalu nak jadi cikgu hanya kerana duit, rezeki tu ada kat mana2 je asalkan berusaha.

    p/s: dah lama xsinggah kat blog ni...hehehe

    ReplyDelete
  2. betul!!! biaq p orang nak cakap ape, hanya kita tau apa yang kita nak, thanks for visiting!!!

    ReplyDelete
  3. pasai apa hang tulis, bila aku baca bunyi macam loghat utara.hang orang utara ka......hahaha

    ReplyDelete

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P