KErja, Peluang dan harapan

Tadi dapat email dari ex-supervisor, Dr Ibrahim, ada offer untuk research position, dan bidangnya dah tentu bidang yang aku minat, computational work!!! sama dengan final year project aku masa kat UIA dulu. Ya!!! ini peluang!!!




Tapi aku go through the email macam tu je la, tak de perasaan apa-apa. Sebelum ni aku memang jadi RA kejap je, 2 bulan, merasa gaji RM500/month. Betul2 lepas fyp presentation, saja je memandangkan kerjanya sangat senang, buat journal pasal project aku, senangkan!! huhu

Lepas jadi RA (sebenarnya tengah aku jadi RA, Dr. Ibrahim bagi asalkan aku jumpa dia every week ), aku gi training LINUX sebulan, free of charge, tu yang beriya2 nak pergi tu, huhu dan tengah training tula ayah aku masuk hospital...

Sebelum aku jadi RA, dapat interview kat Petaling Jaya, aku pergi la, position:nutritionist dengan gaji RM2000+/-, memang dah dapat 2nd interview, tapi masa tu aku saja2 nak kumpul pengalaman kena interview, tak nakpun kerja kat PJ, nak balik kampung kerja kat Melaka, huhu. dan dengan selamba aku tolak tawaran. erk~

Sambung tadi, lepas habis training, agak2 dalam 2 minggu aku duk rumah, ada interview kat Melaka pulak. Position x tau, xpe x kisah janji aku ada kerja, huhu. Dan akhirnya aku dapat kerja ni. Ayah aku punyalah suka, xpelah jauh asalkan ada kerja kan2. Gaji? aku belum diberitahu masa datang first day, pelik tak? tapi takde yang pelik, kilang baru tak boleh nak dijangka, sebab mereka kurang pengalaman, kan2 (husnuzzon)

Kerja kat Selatan Melaka (dah dekat dengan sempadan Johor), hari2 balik lewat!! aku tak larat!! aku duk kat Alor Gajah, 10 minit je dah masuk Negeri 9 woo... Sebenarnya takdela lama sangat perjalanannyer, tapi Melaka ni punyalah banyak traffic light, tak sempat nak speed dah kena berhenti, huhu tu yang makan masa dalam sejam suku ke dua jam (masa bazar Ramadhan bersepah2 kat tepi jalan). Perjalanan ada jugak terpaksa buka kat dalam kereta time pose. hish2 memang menguji kesabaran!! dan lagi, banyak sangatla aku rasa function kat kilang tu, 2/3 minggu kejap ada majlis, kalau bukan kat kilang dekat HQ Selatan. Kalo aku bagi alasan, mula2 bos bagi, dah lepas tu bos cakap, "dah takde alasan, saya dah bagi banyak peluang, " erk. Tu lagi satu sebab kenapa aku berhenti, sebab aku dah tak nak bagi alasan lagi, hehehehe

Dalam 4 hari aku kena isi minyak RM50, nasib baik aku bawak kelisa, tapi memang tak berbaloi la dengan gaji RM1000 + RM200 -socso, epf = RM1000. Kalau pekerjaan aku berkaitan dengan bidang aku mungkin aku boleh terima tapi, aku kerja sebagai PRODUCTION PLANNER, apa kena mengena dengan Biotechnology Engineeringkan? huhu Yang berkaitan mungkin sebab tu kilang makanan, huhu tapi memang takde kaitan langsung!!

Memandangkan pekerja tak ramai, jadi kerja aku memang flexible, jadi cleaner, photostat buku, call pembekal, jumpa pembekal, plan production (main job, tapi aku tak tau apa yang aku plan) beli barang, sediakan glove + plastik sampah pagi2 kat operator (kena amek kat pejabat tingkat atas turun bawah semula) jadi minah kilang (susun chicken ball dalam plastik, cucuk sate, seal plastik etc). Kemaskan coldroom hmm macam2la kot. Hari2 kena minyak wangi ayam, hehehehehe

Apesal aku terima pada mulanya? sebab aku nak mencuba. Kita tak tahu sebelum kita mencuba, ye tak?? + kerja tu kat Melaka, boleh stay kat rumah walaupun terpaksa drive jauh. Lagipun aku tak suka bila ada yang cakap, 'memilih kerja' tu sebab aku terima je sebab aku tak nak orang cakap aku memilih kerja. Tapi bila dah kerja dua bulan, aku dah penat, nekad tak nak sambung kontrak, 3 bulan cukupla, aku tak larat, huhu.

Tapi ada juga part best, BERAT BADAN TURUN 6KG DALAM MASA 7 MINGGU AKU BEKERJA!!! WOHAAA SYOK GILERR sampaikan masa konvo ada yang tak kenal aku kot, huhuhu akupun x perasan berat turun melampau2, kehekehhkk. Lagi satu, akukan baru nak pandai bawak kereta kat area Melaka, jadi masa kerja 3 bulan tu memang aku dah pandai jugakla jalan kat Melaka ni, lagipun sebab selalu sesat, memang confirm ingat!! huhu sampaikan 2x aku kena saman kot kat Merlimau, aku pergi bayar saman, saman kedua pulak datang, memang betul2 #$%%^&&*!!!!!

ERk, banyak pulak aku cerita pasal kerja aku yang 3 bulan ni. Hmm tutup buku!!!
Lepas aku berhenti kerja, ingat nak sambung belajar, tapi punya lah malas time tu, tapi sebab sebenarnya sebagai alasan aku tak sambung kontrak, hehehe aku cari la kerja area MElaka, banyak kot resume aku photostat 20++ satu pun tak mengena!! ish2 tapi ada satu benda aku tak buat lagi, iaitu pusing kilang2 yang ada kat area bandar Melaka dan Alor Gajah. PESAL tak buat?? sebab aku dah syok dengan kelas jahitan yang aku attend tak lama lepas aku berhenti kerja sampai la ni, muahahaa tu sebab aku tak kesah ada kerja atau tidak. Sebab lepas nipun memang confirm aku sambung belajar, tinggal tunggu offer letter je, insyaAllah, Amin!!

Peluang masuk Halal Training aku tak rebut, dan jugak BesT Program peluangnya dibiarkan begitu sahaja, sebab aku aim : SETAHUN UNTUK MENCARI KERJA DAN BEKERJA, LEPAS TU BEKERJA ATAU MENGANGGUR TETAP SAMBUNG MASTER DAN MENJADI LECTURER KAT BELAKANG RUMAH SAMBIL MEMBESARKAN PERNIAGAAN JAHITAN, WOHAAAA!!

8 comments:

  1. farah...! all da best..! semoga dapat membuat keputusan yg terbaik. insya-Allah. May Allah lead ur way.. :)

    ReplyDelete
  2. ko wat la keje pape pn.......yg pnting mak ko restu dan halal sudah la...hehe

    ReplyDelete
  3. @miza : time kasih!!

    @Little Caliph : ameen!! ameen!!! ya rabb!! time kasih kawan!! :)

    @Anonymous : memang!! sekarang tengah bisnes kecik2, syok betol bile da balik modal :) time kasih jugak anony!!! :)

    ReplyDelete
  4. utem de iklan fellowship kt Mingguan baru2 nih, tak nak try ke? :)

    ReplyDelete
  5. ade bukak tuk tmpahan bju x???????hehe

    ReplyDelete
  6. @liyana:oh terima kasih bagi tau, huhu tp nak tanya la, da buat pelepasan kontrak jpa? kena lepas dulukan baru bole apply?

    @mr asri:utk keluarga je dulu

    ReplyDelete
  7. oh, tak sure lak.rsnye tapi nnt fellowshp tu under mohe,kre under jpa gak la kan? tapi de kwn dia lepaskn dulu dgn jpa br apply. lebih baek call jpa tuk kepastian. all the best! :)

    ReplyDelete

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P