Cerita BEST?

Malam ni memang rehat habis, tak buat apa2 sebab Isnin Malam Selasa dah ada dalam jadual tengok cerita Juvana@TV3 ada ala ala cerita GOKUSEN huhu tu sebab tak pernah miss satu episod pun. Tapi ganas lagi kot Juvana daripada Gokusen, heh.

Sebelum tu, slot yang sama cerita Gemilang pulak, boleh tahan syok juga ler, cerita ni aku tengok full eposide kat internet sebab dah last2 baru perasan best citer nih, hehe.. Suka la cikgu Asma, cikgu zaman sekarang, ada lagi tak macam diorang2 ni? hmm

Disebalik JUVANA, GEMILANG ada tiga nama yang sama dibelakang tabir Nur Kasih (baru habis tengok kat youtube bulan lepas, believe me!!! I'm not lying!!!! hehehehe).

dan mereka disebalik 3 drama tu semua ialah
Kabir Bhatia
Mira Mustaffa
Francis Foo

Apesal nak highlight nama diorang?
Sebabnya cerita diorang bermutu tinggi untuk drama melayu (walaupun 2 daripada mereka bukan melayu dan harapannya semoga mereka2 ni tak terlibat menghasilkan drama hantu, gangster dan lawak yang berlebihan yang hanya merugikan orang melayu dan hanya meyesakkan otak orang melayu dan sekian, terima kasih :)

1 comment:

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P