"Assalamualaikum!!!" (sebut seperti gaya haziq dlm cerita Syurga cinta huhu)
Selamat pagi Jumaat dan selamat berpuasa, penuhkan harimu dengan zikrullah dan amalan sunat :) Hari ni nak cerita pasal saf solat yang lompong, memang nak cerita lama dah, lepas balik dari umrah, tapi lupa plak, lepas tu ingat balik bila time solat jamaah kat masjid kampung, benda ni, sama je berlaku kat MAsjidil Haram. Betul, kat MAsjidil Haram (sempat plak aku ambil gambar, erk) :
Tapi jarak ni ok lagi, ada tu yang boleh isi 4/5 orang lagi dalam satu saf (dan sebenarnya akupun terlibat sama, adusss) Hmm, solatnya sah, tapi...boleh refer kat sini ...tapi, disitu tak nampak la kita ni umat yang bersatu. Hmm kalo dah masjid kat kampung aku ada masalah ni, dah tu kat MasjidilHaram pun sama, ini menunjukkan, masalah ni memang masalah seluruh dunia. Ianya sebenarnya sekecil2 masalah yang apabila dapat diselesaikan akan menggegarkan dunia!!
"Macam mana nak nampak bersatunyer?"
Meh ler kita LURUSKAN dan RAPATKAN SAF..
Kalau dulula, zaman aku sekolah dan kat U, lompong2 ni jarang jadi masalah, sebab mereka faham, berada di barisan hadapan dalam solat lebih bagus, dan bila tengah2 solat tu ada lompong sikit, adalah jugak yang bergerak nak tutup lompong, tapi hak yang makcik2 ni (ni cerita solat tarawikh kat masjid kampung aku lak), hmm tak reti la den nak cakap dan akhirnya terbiar juga kosong kat tepi ni haa :( hmm macam mana nak cakap?? adehhh..
Cumanya dari dulu lagi, aku still kompius, arah mana nak pergi kalo ada lompong kat tengah, pastu orang belakang tak nak masuk, ni dah tanya orang ada lebih ilmu, bolehler tuan hamba baca ye, kalo kecil, sila klik gambar berkenaan, carilah gambar mana yang menerangkan persoalan ini :)
nampak ko dok? kodok nampak tak? huhu jawapan tepat ada kat gambar kedua, ada 2 orang jawabkan, yang ada 4 orang dan 2 0rang like respectively, (namanya berbelit, malas nak salin huhu) meh sini aku buat kesimpulan.
KESIMPULANNYA:
Kalau ditengah-tengah kosong,
orang belakang kena masuk,
orang belakang kena masuk,
dan orang belakang kena masuk,
sampailah orang belakang dah takde untuk masuk saf kosong didepan
Dahtu, kalau barisan belakang tu lompong kat belah kiri Imam, orang belah kiri mesti rapat ke arah Imam, sama juga kalo lompong kat belah kanan, orang belah kanan mesti rapat ke arah Imam. Secara ringkasnya, jemaah KENA RAPAT KE ARAH IMAM, bukan menjauhi Imam seperti yang ustaz dalam gambar tu cakap :)
"tapi kalau lompong di tengah-tengah saf hadapan, pastu takde pulak orang belakang yang nak bergerak ke saf hadapan, orang yang berdekatan lompong tu, gerak la sikit-sikit tutup lompong tu macam yang diterangkan kat atas.
mots: bila tengok saf yang berlubang, nampak sangat kita umat Islam ni sebenarnya susah nak bersatu as a whole, kalau tidak takdenya berita penindasan umat Islam di Palestin, dan takdenya berlaku jurang kekayaan antara umat Islam di Afrika dan Dubai, Erk~~ Meh ler sama-sama, aku dan korang berubah untuk kesatuan umat, AMeen!!
aku suke post ko ni. masjid kat rumah aku pun same. saf lompong2. itu belum lg masalah saf campur budak kecik dgn dewasa. mcm putus saf je kalau budak2 belum mumayyiz duk same saf dgn org dewasa. xtau mcm mane nak tegur makcik2 ni. imam byk kali ingatkan rapatkan saf, luruskan saf tpi tu la. aku rse kat mane2 pun masalah yg same. tpi terkejut bile berlaku dkt masjidil haram.hmmm...
ReplyDeleteyang lompong kat Masjidil haram tu, akupun terperanjat gak, hmm tapi kalo time solat jumaat or time sesak, berhimpit2 kot safnya, huhu dan lagi aku rasa imam kena tuka method, b4 ni selalu diorang cakap: lurus dan penuhkan saf je kan, tapi diorg kena tambah sikit cerita 1 minit ke kenapa nak kena penuh dan luruskan saf hadapan, haa kalo dah tahu kelebihan maybe ramai berebut nak duk depan kot huhu
ReplyDelete