Lihat kiri, lihat kanan, dan pilih jalan 'lurus'

-ini hanyalah pandangan seorang penganggur, hmm jadi suka hati koranglah nak terima pandangan aku ke tak :p

p/s: sebelum korang baca, anggap aku neutral, pH 7, bukan asid atau alkali :)


dah seminggu, bukan, lebih tepat, dah sepuluh hari (entry ditulis pada 19/07/2011) lepas Bersih 2.0. Dan setiap hari aku update cerita dan berita kat internet dan Buletin Utama TV3 (yang mereka katakan sebagai Media kerajaan). Tengok, nilai dan fikirkan siapa yang betul dan siapa yang menipu dengan menggunakan bukti realiti yang kita ada.

Kalau masa aku budak hingusan, arwah ayah memang setiap tahun langgan Berita Harian (yang dikatakan sebagai Media kerajaan) dan Harakah (surat Khabar rasmi PAS). Kalau dulu aku malas nak baca harakah ("malas kot baca surat khabar banyak2") tapi lepas fikiran aku dah bertambah 'masak' aku boleh spent berjam2 baca surat khabar tak kira lah berita harian atau harakah, dan sudah tentu perbandingan akan dibuat. Sekarang dah jarang buat perbandingan dengan surat khabar since pelanggan setia dah meninggal dunia, dah takde langgan apa jenis surat khabar, aku lebih suka buat perbandingan online, source lebih banyak...

Itu sekadar cerita aku sebagai anak orang PAS, INGAT!! anggap aku neutral, bukan asid atau alkali!!

Berbalik kepada isu Bersih 2.0,
(tiba-tiba ada suara sumbang bercakap, "x habis2 budak ni pasal bersih",
dan aku menjawab, "ni entry last pasal bersih, kira entry penggulungan, aku dah malas nak update video dan pengalaman mereka yang berdemo, sebab rasanya terlampau banyak pula video dan pengalaman mereka untuk dibaca, yela more than 6000 (seperti yg 'mereka' cakap, hikhikhi) hmm korang boleh click aja pada link yang diberi kalo nak baca yang latestnyer, ok?? erk~")

Berbalik lagi kepada isu Bersih 2.0, aku suka betul baca komen member2 kat Facebook, ada yang sokong dan ada yang tak. Yang sokong tu aku dah cerita kat entry lepas dan lepas dan komen aku yang lepas lepas. (Banyak benar entry yang sokong ek, hehe). Opsss back to Neutral again.

Yang tak sokong ni antara komen-komen mereka, (ada ayat yang mungkin aku dah ubah suai sebab aku tulis dalam otak je, memandangkan kadang-kadang aku termakan semut-semut hitam, jadi ada memori aku yang terpadam sikit, erk~)

"Malaysian stupid"
"menyusahkan orang, kena cancel appointment"
"bolo la bersih"
"jalan jam!!"
"pergi ler buat benda faedah sikit, ni pergi penuhkan jalan pesal!!"
"dah bagi stadium tak nak guna!!"
"woo woo negara dah aman, jangan buat kacau pulak"
"banyak kedai rugi maa"
dan banyak yang aku dah lupa...

Suka hati mereka nak cakap apa, itu hak kebebasan bersuara masing-masing. Tapi la ni aku nak ajak semua orang, mencari kebenaran daripada pihak kiri dan kanan, yang menyokong dan membangkang, dan buat perbandingan dengan realiti kehidupan.

Macam mana nak cari kebenaran daripada pihak kiri dan kanan? yang menyokong dan yang membangkang? Kemudian buat perbandingan dengan realiti kehidupan?
Senang je mak encik, anda boleh dapatkan maklumat dari media-media pihak kiri dan kanan, dan JAngan lupa, Laporan media LUar negara (hak yang ni confirm diorang bagi laporan betul, kecuali la diorang ada agenda tersendiri, huhu) dan macam yang saya cakap tadi, kemudian buatlah perbandingan dengan hati yang tulus suci murni, siapa yang bercakap benar dan yang menipu. Tapi ingat!! janganler cepat melatah, dengar dan nilai betul2 kemudian FIKIR secara waras macam Sir Isaac Newton fikir, huhu erk~~

-Cari tahu satu persatu mengenai perkara berikut:
-Tujuan Perhimpunan Bersih 2.0 diadakan dan isi 8 tuntutan Bersih.
-Siapa yang menyertainya dan senarai 62 NGO yang terlibat.
-Siapa Ketuanya S. Ambiga (INGAT! ini mengenai Bersih 2.0, bukan 14 tuntutan IFC ketika S. Ambiga dalam Majlis peguam- hak yang tu akupun geram siot, erk)
-Kenyataan drpd YDP
-Respons PM dengan kenyataan drpd YDP mengenai Bersih
-dan yang paling best kalau korang follow up berita kat TV3 dengan TVSelangor, huhu

Ni aku bagi contoh macam mana korang perlu menilai sesuatu perkara. 2 video ni, satu ambil drpd laman sesawang tv3 dan video lagi satu drpd demonstrator kot, silakan lihat from both side dan hayati juga fikirkan :))

1. video pertama ni, aku bagi link dia aja, macam tak jumpa kat youtube jep, silakan tengok : tv3 lepas tu jangan lupa jenguk sini balik huhu

dah tengok? wartawan dalam video tu cakap mereka dibaling sesuatu, memang nampak tangan demonstrators bergerak2 ke atas. Ok kita tengok video lain dari sudut yang lain pula. Jangan lupa tengok tangan diorang, apa yang mereka balingkan? Seperti yang diwarwarkan oleh wartawan dalam video tu.

2. dari sudut pandangan demonstrator?

Dah tengok apa yang diorang balingkan? :) so apa kata korang? dah menilai? Ini hanya satu contoh, mungkin kita boleh kaji perkara lain juga.

Perlu diingat, tak kira pembangkang dan kerajaan, kedua2nya ada kelebihan dan kekurangan. Kalau diberi pilihan untuk pilihanraya nanti, pilihlah untuk mengundi pemimpin yang adil bukan zalim tak kira daripada pihak kerajaan atau pembangkang. Jangan la malas nak fikir ok, ni untuk future generation, renung renungkan dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P