Bagaimana nak ubah Dunia?

alif: Macam mana nak ubah DUNIA KITA? BUMI?
ba: Kenapa nak ubah dunia?

ta: Sebab dunia penuh dengan dosa, dah makin rosak, penindasan sesebuah negara, penindasan kaum, pembunuhan sana sini dah sangat berleluasa.

alif: Jadi macam mana nak ubah dunia KITA?
ba: Hmm, a'ah macam mana nak ubah dunia KITA?
ta: Kena ubah NEGARA KITA dulu

alif:Kenapa nak ubah negara kita? kan dah aman damai, tiada peperangan, tiada rusuhan, makanan cukup, air bersih ada, apa benda yang nak diubah lagi?

ta: Sebab negara penuh dengan kes pembuangan bayi, penuh dengan kes rasuah, penuh dengan hiburan berlebihan, penuh dengan kekotoran, hedonisme sangat melampau!!

ba:Hmm jadi macam mana nak ubah NEGARA KITA? MALAYSIA?
ta: Kena ubah BANGSA kita dulu

alif: Pulak dah,.. ni pesal dengan bangsa kita?
ta: Hmm, bangsa kita paling ramai kat pusat serenti, bangsa kita paling ramai kat pesta hiburan, bangsa kita paling ramai kat atas pentas menyanyi sakan tunjuk glamor, akademi fantasia, mentor, untuk budak kecil:bintang kecil, untuk orang tua pulak:kilauan emas, mari menari, sehati berdansa, raja lawak, maharaja lawak etc

ba: JAdi macam mana nak ubah BANGSA KITA? MELAYU?
ta: kena ubah dengan WANG!!

alif: haa pelik la ko, ni pesal duit pulak? ko ni ada je la, huhu
ta: bila ko ada duit, ko boleh buat apa je yang ko suka, boleh bercuti ke luar negara, boleh beli kereta besar, boleh beli bungalow 5 tingkat, hmm boleh beli kilang, boleh gajikan orang, dan boleh beli orang, beli kuasa~~

ba: beli ORANG??? beli KUASA??
ta: rasuah la, huhu dengan ex-orang kuat bank negara boleh rasuah dia, ex-orang kuat tabung hajipun makan rasuah dulu, peguampun makan rasuah, haa la ni ex-MB Selangor pun bagi rasuah,.... tu semua orang yang ada dibagi pinjam kuasa, maknanya kite boleh beli kuasa la, ye tak?? huhu tapi JANGANLER korang nak main rasuah pulak bila dah ada duit, ISLAM MELARANG OK!! FAHAM tak??

alif dan ba: FAHAM TA :))
alif: hmm nak kena kaya la ni, tapi macam mana nak JADI KAYA??

ta: nak jadi kaya?? senang je, diri sendiri kena BERUSAHA TAK PUTUS ASA UNTUK JADI KAYA

alif dan ba: diri sendiri??

ta: ya DIRI SENDIRI!!! bila diri sendiri dah berusaha untuk menjadi kaya, InsyaAllah, Allah tak pernah lupa janji, Allah bagi pinjam kekayaan tu, bila dah kaya, korang tolonglah anak bangsa kaya sekali, jangan lupa terapkan cara hidup Islam yang syumul ni, bila MELAYU dah maju, kaya jiwa dan fizikal, rohani dan jasmani, bangsa lain tentu hormat kat melayu, lepas tu boleh laa kita semua bentuk MALAYSIA yang aman, harmoni, dan terpelihara dari segala kekotoran dan kecacatan. Amin Ya Rabb.

mots: nak ubah dunia? mulakan dengan perubahan diri :) oyasuminasaiiiii!!!!

2 comments:

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P