8 Mac 2011
~12.30 am
Van kami meluncur masuk ke bumi Madinah, dari keadaan gelapa gelita sepanjang perjalanan, menjadi terang bercahaya, sesuai dengan nama tempatnya, Madinah Al-Munawwarah yang bermaksud bandar bercahaya (kalau x silap) . Dan cahaya yang paling bercahaya antara banyak2 cahaya datangnya dari Masjid Nabawi, Masjid kedua yang perlu dikunjungi selepas MasjidilHaram dan sebelum Masjid Al-Aqsa. Sangat teruja!! Sangat teruja!! AllaahuAkhbar, sangat cantik masjid Nabawi, bercahaya sangat2. Syukur Allah beri aku keizinan jejak kaki ke sini~~
Andalus Hotel ~ 1.00 am
Kami tiba di perkarangan hotel, sebelum tu ada kereta datang bawa kebab dan air mineral dan sedekah kat kami, Alhamdulillah. Baru je jejak Bumi Madinah rezeki dah datang. Hotel kami betul2 berhadapan perkuburan Baqi' di mana ramai isteri dan sahabat Rasulullah di maqamkan di perkuburan itu, dan 5 minit berjalan kaki ke masjid Nabawi. Kiranya perkuburan Baqi' dan Masjid Nabawi bersebelahan jep. Mula2 pelik, dulu kalau tak silap perkuburan Baqi' jauh dari Masjid Nabawi dan rasanya kawasan sekelilingnya macam xda pembangunan. Tapi sekarang kawasan sekeliling boleh dikatakan semakin maju dan salah satu faktor mungkin sebab Masjid Nabawi sekarang sudah diluaskan. Dan memang sangat luas!! Sesuai dengan kuantiti umat Islam yang semakin bertambah dari sehari ke sehari.
~4.30 am
Azan subuh pertama dilaungkan. Di sini (juga di MasjidilHaram) Azan Subuh akan dilaungkan 2x. Yang pertama mungkin untuk mengejutkan orang bangun dari tidur dan bersiap ke masjid, dan kedua baru betul Subuh sudah masuk (dalam sejam selepas azan pertama dilaungkan. 5.30 am). Bila azan pertama tu kira sepatutnya dah get ready nak ke masjid. Al-maklum kalau nak spot yang best kat dalam masjid kenala datang awal, kalau tak sembahyang kat luar jep.
Hah, kat masjid Nabawi, perempuan dilarang membawa handphone dan camera tapi lelaki boleh (aku pelik, sebab apa xtau). Bila sampai je kat pintu masuk masjid, dah ada pengawal wanita berpakaian hitam dan berpurdah tunggu untuk lakukan pemeriksaan. Siapa yang bawak handphone dengan camera siapla kena amek!! (itu yang aku tau masa first day kat sana). Apa lagi, masa tu handphone dengan camera dua2 aku bawak, mak aku dah suruh sembahyang kat luar jep, Sedih!! first day dah kena sembahyang kat luar, sedih!! Nasib baik mak ada, huhu, tapi sebenarnya diorang x amek pun, just suruh sembahyang luar jep. Dan lagi satu diorang bukannya check betul2, al-maklum memang ramai orang masuk masjid. Diorang scan sekali imbas jep dan akhirnya sepupu aku yang slamber terlepas masuk bersama handphone mereka, aku je yang pengecut, huhu.

lebih kurang macam gambar atas ni gaya pengawal wanita di Masjid Nabawi. Aku tengok mata diorang, fuhhh mata yang sangat cantik. Kalau mata dah cantik, dah tentu muka diorang cun. Tapi memang cantikla, aku tengok orang arab kat sana, bila time solatkan kena buka niqab, bila diorang buka niqab, fuhhh memang cun, tu sebab la diorang pakai niqab, nak elak dosa kepada sang pemerhati dan diri yang diperhati.
seronok2.. teruja aku yg xpenah sampai lg ni. doakan aku sempat menjadi tetamu-Nya satu hari nanti. Insya-Allah.. :)
ReplyDeleteInsyaAllah, sampai jugak ko nanti, rezeki masing2 ada :)
ReplyDelete