6 Mac 2011 ~ kg. Padang Sebang ~ 10.00 pm
Semua barang dah siap, esoknya pagi2 jam 4.30 dah berangkat ke KLIA. Nasib baikla boleh bangun (sebenarnya x boleh tidur, sebab bila dah gemuruh susah nak tidur, huhu).
7 Mac 2011
~ 4.30 am
Rasa sedih kejap bila abang laungkan azan, tanda kami akan bermusafir. Diharapkan semoga selamat sampai dan kembali jep. Kali ni, aku dan mak pergi dengan 8 saudara yang lain. Keluarga acik dan pakcik dengan 4 orang anak, serta bibik dan anak bongsunya.
KLIA ~ 7.00 am
Dugaan dah bermula, nak check in ni, tapi dah berlaku macam2. Xde lah besar mana dugaannya, tapi letih la jugak sekejap, huhu.
Emirates Airbus 380 ~ 10.00 am
Whatever happen, kami tetap terbang bersama Emirates A380. Wow wooww Weee!!! aku memang suka naik kapal terbang, best kot!!! Siap ada tv depan mata. "Relax2, ni nak gi umrah, macam x syok pula tengok cerita2 + dengar lagu2 lagho, dari tengok semua tu baik aku tidur" dan akupun tidur. Kepalopun dah poning~~~zzzz
dan budak itu merenung jauh nun di sana, sana dan di sana~~~~~~~~~~~~
tv..hmm bukan, lebih kepada computer, yang sentiasa ada kat depan mata, yang paling best, bila kita boleh tengok kapal terbang mendarat dan berlepas. Dapat rasa macam korang sendiri yang bawak kapal terbang tu, (hmm xde la kempunan sangat x dapat jadi pilot dulu, woowoo, huhu) dan boleh tengok pemandangan kat bawah tanpa perlu tengok kat luar tingkap. Then, ada remote control tu boleh jadi telefon, tapi telefon orang dalam kapal terbang je la, huhu (memang x dinafikan otak manusia memang hebat, tapi yang lebih hebat tentulah Pencipta otak manusia.. Allaahuakhbar!!
Dubai International Airport ~ 2.00 pm (local time)
Dah sampai!! 6 jam 30 minit perjalanan. Transit Kat Dubai 2 jam, lepas tu naik flight ke Jeddah lagi 2 jam. Sembahyang jama' ta'khir (zohor dan asar) kat sini sebab kemungkinan besar kat Jeddah dah azan maghrib. Perghh very long journey maaa!!
~4.00 pm (local time)
Naik lagi Emirates A380!! uhuuhh. Kali ni x lama 2 jam jep perjalanan. Yang best tu, makanan dia sedap2 kot. Dessert nya fulamakk, memang berselera aku makan. Perghh memang kenyang giler dalam perut kapal terbang tu. Heheh
Jeddah Airport ~ 7.00 pm (local time)
Kami di sini!!! . Kalau kat Malaysia sekarang ni jam 12.00 tengah malam. Perghhh ngantuk kot!! Tapi, perjalanan belum berakhir. Habis je laluan kastam kami bergerak pula menuju ke Madinah Al-Munawwarah. Perjalanan mengambil masa 6 jam kalo x silap. Apa lagi, sambung tidur!!!~~zzzzzzzzz~
No comments:
Post a Comment
-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P