mode: bayangkan anda di sana~~
Dan bumi (padang Mahsyar) menjadi terang benderang dengan cahaya (keadilan) Tuhannya; dan buku-buku (perhitungan perbuatan mereka) diberikan (kepada masing-masing), nabi-nabi dan saksi-saksi pun dihadirkan, lalu diberikan keputusan di antara mereka secara adil, sedang mereka tidak dirugikan. [39:69]
Dan kepada setiap jiwa diberi balasan dengan sempurna sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya dan Dia lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan. [39:70]
Orang-orang yang kafir digiring ke neraka Jahanam secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (neraka) pintu-pintunya dibukakan dan penjaga-penjaga berkata kepada mereka, "Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan (dengan) harimu ini?" Mereka menjawab, "Benar, ada," tetapi ketetapan azab pasti berlaku terhadap orang-orang kafir. [39:71]
Dikatakan (kepada mereka), "Masukilah pintu-pintu neraka Jahanam itu, (kamu) kekal didalamnya." Maka (neraka jahanam) itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang yang menyombongkan diri. [39:72]
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya dihantar ke dalam syurga secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (syurga) dan pintu-pintunya telah dibukakan, penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Kesejahteraan (dilimpahkan) ke atasmu, berbahagialah kamu! Maka masuklah, kamu kekal di dalamnya." [39:73]
Dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya kepada kami dan telah memberikan ini kepada kami sedang kami (diperkenankan) menempati syurga di mana sahaja yang kami kehendaki. "Maka (syurga itulah) sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal. [39:74]
Tanya diri, jalan akhir mana yang anda pilih, NERAKA atau SYURGA?
No comments:
Post a Comment
-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P