Hormatla orang dalam kesakitan

Last week, ayah aku masuk hospital. Nak cerita kat sini, aku sempat jaga ayah aku sehari jep kat hospital, sebab time tu aku ada training kat kl, weekend jep dapat balik. Masa mula-mula aku melawat ayah aku, baru perasan kat hospital ada waktu melawat, rasanya dari jam 01.00 pm-02.00 pm dgn jam 05.00 pm -07.00 pm. So kitorang (my sisters and I) masuk jam 05.00 pm. Masa tu mak aku je sorang jaga ayah aku, kalau nak tahu setiap pesakit hanya dibenarkan sorang je boleh jaga (oh kalau ayah aku x masuk hospital sume rules tu aku x tau, huhu). Kitorang balik time tu jam 09.00 pm kot (oh, suda break the rules maa) tapi pengawal x cakap ape2pun, so kitorang buat xtau je lah, huhuhu.

Climax to the story, aku jaga ayah hari ahad dari pagi sampai petang. Pagi2 cam kul 09.00 am kot sampai kat hospital. Ayah dah bangun. Selera makan ayah berkurangan. Tidur pun susah nak lelap. Bila ayah nak tidur jep, doktor datang check keadaan ayah. Itu xpe lagi, pastuh x lame lepas tu nurse datang nak tengok bp (bp=blood pressure kot, tp yg aku tau kalau value die tinggi itu sangat bahaya) etc. Time tu bp ayah naik dari semalam, kalo x silap, 156 naik 158. Rasanya nurse cakap normal 140, so kira bp ayah aku tinggi laa time tu.

Hampir tengahari, nak bagi ayah makan, tapi sikit je dia jamah. Suruh ayah tidur, datang pula segerombolan manusia, time tu memang waktu melawat. Alhamdulillah ramai yang melawat. X kisah la, tapi yang x patutnye, x payah kot buat bising. Bukan ayah aku sorang je sakit kat situ, ramai kot, cakap dengan suara yang perlahankan bagus. Tahu time tu, ayah aku dah stabil dan sihat alhamdulillah, tapi kena gak hormat orang sakit di sekeliling. Tapi silap aku gak tak berani tegur korang, aku hanya berani tegur di alam maya je ni, hermm.

Jam dah melangkah hampir ke angka 02.00 pm. Ada juga pelawat yang baru sampai. Memang penuhla keliling katil ayah aku, sampai pesakit kat sebelah katil ayah aku lari pergi mana x tau, bising sangat kot, huhu. Bila jam dah tunjuk jam 02.15 pm agaknyer, pengawal datang kata waktu melawat sudah tamat. tiba2 ada pula suara sumbang berkata, "kejap yerp, baru sampai ni," huh siapa suruh datang lambat?? tapi maybe diorang xtau hospital ada tetapkan waktu melawat, aku datang mula2pun xtau ada waktu melawat.

Bila semua orang dah balik, suruhla ayah aku tidur, nak suruh tidur susah betul ayah nak nyenyak. Tapi bila dia dah nyenyak betul ada pula yang kacau dia tidur, aduhh. Sorang pelawat datang jam 3.00 pm, aku dah cakap "ayah baru je nak tidur" tapi dia cakap kuat "tukan dia bangun tu" ishh memangla ayah aku bangun dah kamu tu cakap kuat!! (arghh dalam hati je aku boleh menjerit, untung kamu lebih tua dari aku!!). Jam 05.00 pm-07.00 pm terpaksalah ayah aku x boleh tidur, dah memang waktu melawat, hermm.

Nurse datang lagi, (nurse ni garangla, macam nak marah ayah aku jerp, huhuh baik lagi nurse semalam, comel dan baik hehe). Nurse kata bp naik 177, "hah, teruk ni," camtu kot nurse tu kata. Aduhh nurse, mana taknyer, selera ayah kurang, makan sikit jerp, bila nak betul2 lelap jer, ade jerp orang datang, bilanya ayah nak rehat?? dan aku memang marah betul siapa datang melawat bukan waktu melawat, tengok!!! blood pressure ayah aku naik!!!! dari 158 ke 177!!! Marah ni marah!!! hukhuk time tu je la, hari ni da cool down, hehehe.

Kat sini aku nak listkan adab2 melawat
1.datang waktu melawat jep, x kacau doktor buat kerja, x kacau waktu rehat pesakit
2.cakap dengan suara perlahan, nak buat announcement ka??
3.datang hantar wakil jep, kalo ramai2 bising boleh cam kat pasar, menganggu pesakit lain nak rehat jep, majority pesakit duk hospital x lama, bila dah balik rumah, hah datangla ramai2. Ingat, bukan kenalan kita je yang sakit, orang lain kat hospital yg kita x kenal tupun sakit gak, jangan pentingkan diri sendiri.

Tapi macam yang aku cakap td, mesti diorang ni xtau waktu melawat kat hospital + x boleh cakap kuat kat hospital, So aku nak pesan kat pelawat blog aku ni, kalau nak melawat orang kat hospital, sila datang pada waktu melawat yang ditetapkan jerp + jangan cakap kuat sangat yerp!!! Ni bila dah tau rules kat hospital, janganla korang buat2 xtau pulak yerp!! Itu memang betul2 nak kena marah dengan aku, erk~~

p/s doakan my dad sihat seperti dulu yerp, syukran!!


No comments:

Post a Comment

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P