Assalamualaikum semua, ni aku ade quote sikit kata2 para aktivis Malaysia, amik ayat2 yang best sebagai simpanan peribadi, dan berkongsi dengan para pelawat semua. Credit to Hilal Asyraf . Kalau nak cerita lebih detail boleh ke sini (siri 1) dan sini (siri2). Ini je kot yg mampu aku buat, aku harap aku boleh jadi seberani diorang, hmm.
Ustaz Hasanuddin
...menyatakan bahawa syuhada itu hidup di sisi Allah SWT. Para Syuhada, selepas mati dan melihat nikmat yang akan diberikan kepadanya, akan tidak sabar-sabar untuk pulang menyampaikan berita gembira akan nikmat-nikmat itu kepada manusia yang masih hidup. Demi memerdekakan Al-Aqsa, semangat yang sama itu jugalah yang menghilangkan perasaan takut dan perasaan sedih. Ustaz Hasanuddin menyatakan bahawa, itulah dia antara perkongsian di atas bot yang mereka dapati sebelum bertolak ke Gaza.
Bagi Ustaz Hasanuddin, beliau menyatakan bahawa matlamat dakwah yang utama dalam
LL4G telah tercapai dan berjaya. Yakni untuk menyeret seluruh dunia memerhatikan, dan membincangkan isu Palestin serta melihatnya secara serius. Beliau menyatakan betapa hakikatnya, yang membicarakan hal Palestin ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Ashwad Ismail
Mesej yang hendak disampaikan adalah kesedaran betapa kedamaian di Malaysia ini, kadangkala membuatkan kita alpa betapa ada negara yang menderita.
"Apa yang saya dapat simpulkan, 28 jam itu saya boleh rasakan pengalaman konflik enam dekad Israel-Palestin, kesengsaraan Palestin di bawah kekejaman rejim Zionis dalam masa 28 jam dan ternyata tidak dapat digalas dengan segala apa yang ada pada kita"

Dr Syed Muhammad Halim
Beliau menyoal: Apakah tindakan kita? Beliau menyatakan bahawa realiti sebenar yahudi adalah musuh paling keras. Beliau menyatakan bahawa di Jordan, tenang. Tenang dalam erti kata tak kisah, walaupun negara di sebelahnya menderita.
Dr Syed Muhammad Halim menyatakan betapa Allah akan tanya kepada kita nanti apakah tindakan kita? Maka Sejauh mana keprihatinan kita merasai keperitan saudara di Gaza. Bayangkan jika semua yang berlaku ke atas rakyat Gaza itu berlaku ke atas keluarga kita sendiri? Allah akan tanya nanti di akhirat apa kemampuan kita? Allah akan hitung. Kalau benar kita rasa Israel itu musuh kita, maka apa tindakan kita? Allah akan tanya semua itu.
Di manakah tindakan kita? Itu persoalan yang besar, yang peerlu kita perhatikan.
Mengikut Dr Syed Muhammad Halim, dia menyatakan bahawa, jika tiada pengorbanan, tidak mampu bertindak, maka hakikatnya keimanan kita adalah mandul. Kalau kita tak mampu nak tinggal benda-benda yang Allah larang, maka Allah tak benarkan kemenangan. Maka apa daripada jahiliyyah yang kita telah korbankan?
Dr Syed Muhammad Halim menyatakan bahawa kemaksiatan membuatkan Allah menahan kemenangan.
Kejayaan hakikatnya adalah apabila kita mampu membuka mata hati kita dan mampu membuatkan kita bergerak untuk berubah. Bukan sahaja untuk Palestin, tetapi untuk hubungan kita dengan Allah SWT.
Beliau menutup dengan hadith:
“Sesiapa yang tidak emngambil tahu urusan orang mukmin, maka ia bukan dari golongan mereka” Hadith.
Objektif yang digariskan oleh IHH untuk LL4G ada tiga. Iaitu:
1. Mewujudkan Kesedaran Masyarakat Dunia akan hal Gaza.
Isteri Bill Clinton, telah menyuruh dikaji semula bantuan secara berjadual di Gaza. Hal ini baru di sebut selepas 4 tahun pengepungan, selepas terjadinya kes serangan Israel ke atas LL4G. Selepas kapal dicuri, ada yang syahid dibunuh, baru Palestin mendapat perhatian. Seakan-akan perkara ini baru berlaku semalam. Inilah rupanya bayaran untuk menyedarkan ummah.
2. Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza.
Objektif ini hendak menyatakan kepada masyarakat dunia bahawa mereka boleh menamatkan kepungan yang berlaku di Gaza itu secara legal. Cuma di mana selama ini pemimpin-pemimpin dunia? Di mana selama ini kumpulan hak asasi-kumpulan hak asasi manusia? Tetapi yang tiada kuasa, senjata, tiada daya bercakap, yang itulah yang berkumpul hendak membantu Gaza. Dengan tenaga empat kerat, merempuah perairan yang pastinya akan diganggu Israel. Bila terjadinya kes sebegini, barulah dunia hendak memberikan perhatian.
3. Untuk Menyampaikan Bantuan kepada Gaza.
Sebab itu dilakukan kutipan. Beliau menggucapka terima kasih kepada semua yang memberikan bantuan.

No comments:
Post a Comment
-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P