kisah aku dan kereta 2

kisah yang sangat memalukan, aduhai, kali ni memang sedih betul, keretaku sudah mengalami kecacatan, tapi nasib baik mak dgn ayah cool jep heheh..

Hari ni, aku jadi driver bawa mak dengan ayah pergi hospital pantai, melaka. Alhamdulillah, sekarang dah ok sikit bawa kereta, hari-hari pun aku merayau, huhu. Nak dijadikan cerita, masa sampai kat hospital tu, parking lot penuh, so kena pergi naik parking lot kat atas bukit. Aku drop mak dengan ayah kat depan pintu hospital, lepas tu akupun berlalu pergi cari parking lot yang kat atas bukit tu. Kalau nak tahu, ni first time aku pergi hospital pantai bawa kereta and tak tahu la pulak parking lot kat atas bukit tu.

Tiba-tiba, aku salah masuk jalan. Kena reverse, tapi reverse punya reverse, tiba-tiba,

"PANG!!" aduhhh aku langgar pasu bunga sudahh!! perghh!!

kereta sudah ada lekok kat bahagian belakang, alhamdulillah sikit jep yang cacatnyer, xde la apa-apa yang pecah, huhu nasib baik kereta lama, kalau baru memang betul-betul meraung la aku, huhuhu

memang malu kot, semua orang pandang, ada yang gelakkan aku, perghh nasib baik ada yang kesian kat aku, ada juga orang yang berhati mulia, =)

Dan oleh kerana aku sudah pecahkan pasu bunga hospital, aku kena bayar RM50 (itupun sudah dikurangkan daripada RM60, huhu)

Mak kata, "xpe la, tu pengalaman manis tuh," hehehe

Ayah pulak, "pedulikan, kecik je," hehehe

Dan yang pastinya 'pengalaman manis' ni akan jadi panduan seumur hidupku supaya reverse dengan berhati-hati, hehehe

Sekian, tata~~~

2 comments:

  1. hehe.. k.wee ni lg la, nama je ada lesen, tp ketanya takde.. huhuhu.. memang kalau dpt keta agaknya mcm2 langgar..

    papepun, practice makes perfect ok!
    ganbattene!!


    ps: jgn lupa tukar url k.wee ye.. lupa nk bgtau farah ari tu.. =)

    ReplyDelete
  2. kak wee!!! alhamdulillah sekarang dah mahie bawak kereta, thanx!!! hehe

    ReplyDelete

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P