Habis je belajar, aku dah cakap dengan semua orang nak kerja kat kampung. Tapi sebelum nak cari kerja tu, kena mahirkan bawa kereta, kalau tak susah aku nak pergi merayau cari kerja, kampung bukan macam bandar, banyak public transport. Nak mahirkan kereta, hermm dah 6 tahun kot dah ada lesen kereta tapi x pandai2 juga bawa kereta.
Almaklum sibuk dgn belajar+cuti UIA yang pendek+pengalaman pahit bawa kereta Toyota model lama mak aku yang menyebabkan aku kata kat diri aku,
“aku nak belajar kereta balik bila dah ada kereta sendiri+bila dah grad UIA”
huhu dan sekarang Alhamdulillah, ada rezeki sikit boleh laa beli kereta secondhand. Buat masa sekarang beli jerp kereta murah, nanti insyaAllah dah kerja nak kumpul duit beli kereta idaman yang mahal2 pula, hehe 10 tahun lagi la kot boleh beli, itupun kalau hidup lagi, heh~
Kereta dah ada, tinggal nak mahirkan bawa kereta jerp. Hari tu 2 jam juga laa aku mahirkan bawa kereta dgn sepupu aku yg mmg mengajar orang memandu, dari belajar asas mcm mana nak masuk parking sampaila pergi highway masuk jalan sempit n etc. Komen sepupu aku,
“ok dah, cuma selalu leka, kurang confident”
erk, macam tu la dia cakap. Itulah kali pertama dan kali terakhir kot aku belajar dgn sepupu aku. Sebabnya secara tiba2 di suatu aku cakap dgn mak aku,
“mak, nak bawa kereta balik UIA”
dan betapa terkejutnya aku, mak dan ayah aku bagi bawa kereta, yahoo!!!
Sampai kepada klimaks cerita ni, hari itu tercatat dalam sejarah, huhu bermulalah pemanduan sulung aku tanpa ada orang si sebelah dan tanpa ada keluarga memerhati di belakang. Perjalanan dari rumah kakak aku (tmn melewar, greenwood) ke UIA x da lah jauh sangat, tapi memandangkan aku baru je nak berjinak2 dgn kereta, ada dlm 30 minit kot baru sampai mahallah asiah, huhu.
Nak dijadikan cerita, Alhamdulillah semua berjalan lancar, tapi yang nak diceritakan disini, aduhai, parking x lepas doo, huhu. Nak reverse tapi kereta ke depan la pulak, nasib baik ada palang, kalau tak lama sudah terjunam, heheh. Masa tu x ramai orang, so xde lah malu sangat tapi selepas beberapa ketika xleh jugak nak reverse dan kereta terus ke depan dan tersangkut kat palang,
“aduh, x boleh jadi, kena mintak tolong orang”
dan akupun melangkah kearah satu2nya tempat yang ada orang time tu, belakang café brother2 ada dlm 4 org kot tengah punggah barang, heheh. Muka aku memang dah tebal 100 cm, terpaksa gagahkan diri minta tolong.
“Assalamualaikum, brother mintak tolong, kereta xleh start la”
(padahal aku yang xleh reverse kereta, heheh). Sorang brother menjawab,
“auto ke manual?”
bila aku jawab manual, diorangpun terus menuju kearah kereta aku. Dengan bertungkus-lumus diorang tolak la kereta tu,
“ok je kereta ni, xda masalah”
heheh akupun bagitau perkara sebenar,
“saya baru belajar kereta hari ni”
heh dengan berterus terang aku menjawab sambal tersengih mcm kambing dapat kacau tikus, erk ada kaa?
Brother tupun parking kan kereta aku (aku yang suruh) dan bagi tips sikit katanya,
“nak parking tu, tutup air cond dgn radio”
dan akupun ingat pesanan tu sampai sekarang hehe.Hari ke 2, aku bertekad nak practice kereta, tapi dalam UIA je lah, Keluarkan kereta, Alhamdulillah ok pulak aku reverse, x ke depan. Keluar mahallah, pergi jalan besar dan masuk ke convest hill. Nak la try parking kat situ, memandangkan banyak kosong situ and x banyak kereta so akupun try la nak parking, macam semalam, masalah yang sama juga terjadi, nak reverse tapi ke depan pulak perginya. Kat situ aku tebalkan muka 200 cm minta tolong brother yang sedang berdating,
“minta maaf kak, sorry kacau daun, saya bukan nak ngorat pakwe akak, heheh”
kata2 yang hanya dapat diluahkan dalam hati jerp, nyaya je kena sepak terajang, hehehe.
Kali ni aku cakap terus terang dari awal, kereta xleh nak reverse, brother tu siap ajar macam mana nak reverse, tapi aku x lepas gak. Dan akhirnya rasanya dia give up kot dan muka makwe dia macam masam jerp aku kacau diorang huhu, so brother tu tolong aku pusingkan kereta dan berlalu begitu sahaja. Whateverpun brother2 yang tolong aku, terima kasih sangat2 yerp. X kisah muka aku tebal 500cm ke asalkan semuanya selamat, Alhamdulillah. Balik tu, aku parking straight. Syukur Alhamdulillah, kereta boler diparkir dengan selamat.
Hari ke 3 aku memandu, nak balik rumah kakak aku pulak, segala2nya berjalan dengan lancar sampai confident ni bawa gear 4, selalu bawa 3 jerp, hehe. Tapi,
“aduhh, salah jalan pulak!!!”
terpaksa aku buat U turn, pusing balik kearah UIA. Nak ikut jalan alternative lain aku x berani sebab kena masuk highway, so aku decided nak pusing buat u turn lagi sekali. Tapi aku terus ke depan dan ke depan dan,
“aduhh, jalan bersimpang siur, naik bukit pulak tu, bila laa aku boleh buat u turn ni, waaaa”,
memang takut nak pusing, tapi nasib baik x banyak kereta, Alhamdulillah. Sampai satu tahap,
“x boleh jadi ni, kalau tunggu lagi jauh aku pergi”
dan aku menggagahkan diri buat u turn lagi. Dalam keadaan peluh yang menitik2 dan baju sudah basah kot mandi peluh (aku x jumpa pulak suis air cond kat mane,tapi xde pulak aku nak buka tingkap, adooiiii + nak buka radiopun aku x tau nak tekan punat ape, adeehh) akupun berjaya buat u turn, syukur Alhamdulillah. Sampai kat rumah along aku pulak, sambal hujan turun dengan renyai,
“adoii, terlajak kot”
isk, nak reverse, dia ke depan lagi. Pelik betul, kadang2 ke belakang, kadang2 ke depan, dah cek gear masuk dah tapi, hmm akupun x faham. Dan aku buat keputusan pusing balik buat 1 pusingan dan akhirnya aku selamat landing kat depan rumah along, Alhamdulillah. Dan aku mengambil masa kira2 1 jam sampai rumah along, huhu. Nak bawa masuk kereta dalam garaj, tapi memandangkan hujan sudah lebat jadi aku malas nak bawa masuk kereta.
Begitulah berakhirnya 3 hari kisah aku bersama kereta, moral of the story,
1.Jangan malu minta tolong orang
2.Sebenarnya aku ingat lagi sir Kabashi cakap, kalau nak belajar kereta, kena bawa kereta tu and be on the road barulah boleh mahir, dgn sebab kata2 tu lah aku beranikan diri bawa kereta
3.Sepupu aku yang lain pulak pesan, “bawa kereta kena berani”
4.Ayah aku cakap, “pedulikan orang, kalau diorang nak potong biarkan, kita ikut jalan kita”
5.Practice makes perfect!!! Betul x?? hehe
6.Jangan kedekut berkongsi tips dengan sesiapa saja walaupun x kenal,
p/s: kawan2 doakan aku mahir bawa kereta + selamat dunia akhirat k, panjang betul entry aku kali ini, harapnye korang x bosanla, heheh tatatatata
No comments:
Post a Comment
-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P