Kenapa perlu hidup?

Tahu x apa jawapannya? Kenapa kita hidup? Tiba-tiba soalan tu bermain di fikiran. Sebenarnya sekarang ni aku sedang bermalas-malasan. Al maklum baru graduate dari UIA. Konon nak rehatlaa. Kalau tak tidur, mesti aku tengok cerita jepun, xpun tengok kerenah manusia kat facebook. Masa terbuang macam tu jerp tapi aku still nak buang masa. Nak kata takda kerja sebenarnya dah ada kerja dah. Tapi aku tak tahu bila nak start, sebab bila kemalasan sudah melanda diri, satu kerjapun susah nak siap. Oh, sebab apa aku jadi malas?

Fikir punya fikir punya fikir dan tiba-tiba,

“oh, aku dah tahu kenapa aku malas!!” hati aku menjerit keriangan, erk.
“Aku jadi malas sebab aku lupa tujuan hidup!!”

Apa tujuan kita hidup kat dunia ni,
Allah berfirman,
"tak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku"

Yerp, tujuan kita semua hidup adalah untuk beribadah kepada Allah, jangan lupa wahai diri, tujuan hidup kau memang selalu kena ingat. Hidup kau bukan sia-sia, hidup kau ada matlamat iaitu untuk beribadah kepada Allah. Ingat tu, dan berfikirlah wahai diri ;p

“oh sekarang aku dah ingat tujuan hidup, aku nak buat kerja yang sudah tergendala, erk.”

2 comments:

  1. kadang2 kalau kita tak de keje nak buat, memang soalan2 cam tu akan dtng dlm kepala.nak elak bnyak,busykan diri dngn keje2.

    i pray all the best for ur future life, working and family life...happy graduate

    p/s: aku selalu ingat nama ko dgn Farahana Hamzah. nice name....hahaha

    ReplyDelete
  2. arigato gosaimas!! mmg betul!! selamat menempuh alam selepas bergraduate..

    ReplyDelete

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P