Terus kepada tujuan utama laa. Di kesempatan ini, sempena selamat habis belajar kat UIA, aku nak minta maaf kat semua kawan2 aku yang disayangi sekelian, yang kenal aku secara langsung atau secara tidak langsung tak kisah laa korang dari department manapun, aku nak tulis kat sini nama sorang2 aku malas sebab aku tak sehebat sahabat Rasulullah yang menyebut setiap nama sahabat dalam doanya, erk.
Kepada mereka yang kenal aku sebagai Farah, aku tau aku banyak buat silap. Aku tau gak ada yang makan hati dgn aku. Aku memang tau kelemahan aku, budak yang cakap lepas, almaklum mulut aku xde insurans, heee ohh memang mintak maaf laa korang. Kalo ada terhutang+termakan+terminum minta dihalalkan.
Aku sentiasa cuba yang terbaik utk menjadi kawan yang terbaik, tapi kadang2 aku tersungkur di tengah jalan sebab termasuk dalam lubang dinasour lalu menjadi kawan yang jahat, oleh itu maafkan la aku ek, sebab akupun manusia biasa macam korang, tak lepas daripada buat silap.
Dan jutaan terima kasih bagi pengalaman manis+pahit kat aku. Terima kasih sebab jadi kawan aku. Terima kasih sebab selalu tolong aku. Terima kasih sentiasa berada disisi bila aku perlukan pertolongan. Terima kasih sebab sudi dengar luahan hati. Terima kasih sebab bagi nasihat kat aku selalu. Terima kasih sebab korang semua mematangkan diri ini, cheh~~
Kepada mereka yang kenal aku sebagai Farahana budak biotech,terima kasih sebab sudi bertegur sapa dgn aku. Kadang2 aku malas bukak mulut tapi terima kasih balas senyuman aku, ngeee~~
InsyaAllah kita akan bertemu lagi, kalo x di facebook or blog or negara atas dunia dan semoga bertemu kembali di syurga yang hakiki dan tak mungkin aku akan jumpa korang di planet Utarid, erkk.
Selamat berjuang di dalam kehidupan, doakan kejayaan bersama yerp, sayonara~~
farah aku bru jumpa blog ko..hehehe.. btw terbaca post ni aku pun nak mintak maap ye wlpun dh lame episod perjuangan menuntut ilmu di uia dh almost 2 month tamat..hehehe.. thanx for being my frend gak..;)
ReplyDeletep/s: aku pun br buat blog..heh.. tpi ko org pertama yg tau..hahaha.. shhh.. jgn kasi tau org.. malu.. ;p
p/s: sbb ko de blog.. free2 tgk la blog aku n leave some comments.. ;)
eh, Ehhh!!! aku x perasan!!! heheh dah singgah blog ko, nice!! :)
ReplyDelete