Innalillahiwainnailaihiraji'un kepada arwah Nordiyana Nordin, sudah kembali kerahmatullah. Sempat bekerjasama di matrik uia. she was so nice. Seorang hafizah yang penuh dengan ketenangan di raut wajahnya. Masih boleh bayangkan senyumannya yang manis. Baru melahirkan anak pertama. Semoga keluarga arwah tabah menerima ketentuan ilahi.
Ingatlah sahabat2ku sekalian, Allah nak jemput kita tak kira tua dan muda, bersiap siagalah dari sekarang. Melakukan perkara disuruh, meninggalkan perkara dilarang Allah. Betul, kita tak boleh lari dari melakukan dosa, tapi kita boleh perbaiki diri ke arah kebaikan. Wallahua'lam.
Dulu sahabat uia juga meninggal, mereka meninggal di usia sangat muda, dan mereka sangat hebat ketika hayatnya. Sangat berbakti kepada masyarakat. Semoga arwah mereka dicucuri rahmat dan semoga Allah menempatkan mereka di kalangan golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.
p/s: Alfatihah juga buat Hj Hamzah Hj Said, semoga arwah dilimpahi rahmat Allah disana
No comments:
Post a Comment
-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P