Selesai sudah karya Habiburrahman El Shirazy,
bila terlerai semua masalah yang merajai,
yang akhirnya menambahkan keimanan dihati,
kepada Tuhan Pencipta Duniawi dan Ukhrawi,
Azzam dan Anna disatukan Ilahi,
Setelah pelbagai dugaan diceritakan dalam movie,
Kini mengepalai pesantren titipan kyai,
Mendidik anak muda menjadi insan bererti,
Menggunung harapan Husna bila Ilyaz kembali,
Semoga rancangan pernikahan tiada halangan lagi,
Tapi apakan daya hendak menolak takdir ilahi,
Lelaki idaman terpaksa dilepas pergi,
Kini Ilyaz ditunangkan dengan bukan pilihan hati,
Kemahuan Furqan pula ditentang ibu sendiri,
Pabila ingin menyunting Husna sebagai teman dihati,
Namun apakan daya, syurga anak di bawah telapak kaki ibu mithali.
Sedihnya Anna sebab tak bisa punya zuriat sendiri,
Keinginan Kyai Lutfi pula yang bisa memakan diri,
Menginginkan Azzam berpoligami,
Dengan Qonita agar memiliki anak sendiri.
Azzam sangat setia pada isteri yang dikasihi,
Qonita pula sangat patuh pada ibu bapa yang dihormati,
Walaupun sakit Anna terpaksa mengizinkan Azzam menikah lagi,
Semata2 kerana dakwah dan cinta kepada Ilahi.
Akhirnya Anna hamil dengan izin Tuhan Kami,
Husna dan Ilyaz pula disatukan kembali,
Furqan menerima rezeki yang tak disangka sekali,
Dengan Qonita dambaan setiap lelaki.
Bagi siapa yang belum tengok cerita ni,
bolehlah tengok kat youtube channel meL4TI,
kat Astro Indo Pek, lepas ni ada sambungan KCB lagi,
siapa x subscribe lagi bolehlah beli, hihihi.
tapi meleret2 benar cerita ni,
Akupun dah tak larat nak tengok lagi, hihihi,
Sekadar nak teman mak tengok tv,
boleh terimakan alasan diberi? hihihi.
(sempat pulak aku promote KCB ni, hihihi),
tapi dari korang tengok Tahajjud cinta, tayangan tv3/4 baik tengok KCB,
Sebab pe? sebab Anna dan Azzam tak pernah pegang tangan dalam cerita ni, ;p
confirm!!! xcaye tengok nanti.
di akhir cerita, Qonita berkata, "saya sayangkan Ustazah Anna kerana Allah," ayat ni sangat menyentuh jiwa dan hati,
bila dua insan bersaudara menyayangi antara satu sama lain kerana Allah rabbul i'zzati,
hmm sebenarnya aku tengah banyak kerja sempat pula berpuisi,
"xpela sekali sekala asah bakat yang xdepun timbul kat perigi, hihihi ;p
Ingatlah wahai kawan dan diriku ini,
Semua masalah pasti ada onak dan duri,
Usah berputus asa makan hati sambil berdiri,
dan jangan lupa, "berdoa tau tiap2 hari!!".
Allah dah cakap setiap orang ada rezeki tersendiri,
Jangan risaulah!! Allah takkan memungkiri janji,
Kepada hambaNya yang sentiasa berserah diri,
Sebab... Allah hanya mahukan yang terbaik untuk hamba2Nya yang dikasihi :)
Ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Izinkan hamba2Mu ini berikhtiar
Dalam batas2 syari’at yang telah Engkau gariskan
Dalam hembusan sejuknya iman
Rabbana hablana min azwajina wadzurriyatina qurrata a’yun
waj’alna lil muttaqina imama (25:74)
Rabbi inni limaaa anzalta ilayya min khairinm faqiir (28:24)
Hanya kepadaMu Ya Allah kami sembah
dan Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan
......ameen, ameen ya rabbal ‘aalameen......
Eh korang, bagi komen tau, kutukpun xpe huhu!!!
Best x karya aku??? cehhhh
No comments:
Post a Comment
-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P