Selasa, 19/04/2011, 6.20 pm
A: saya nak komen, modem saya rosak, terus blank, lampu semua off, nak buat macam mana? lagi satu saya nak bagi tahu, talian nombor 06-554**** tiada bunyi.
B: ok, nanti saya hantar report, jadi semuanya ada 2 report cik buat. Yang pertama mengenai modem rosak, yang kedua mengenai talian nombor tiada bunyi. Dalam masa 24 jam, kalau tiada orang yang datang boleh call support 100 semula. Terima kasih cik kerana menggunakan perkhidmatan kami.
A: sama2
Rabu, 20/04/2011, 11.59 am
C: makcik, wiring untuk telefon makcik ni dah rosak, kena buat yang baru, RM100 semuanya. Yang pasal modem tu nanti kawan saya bahagian internet ni betulkan, saya kontraktor aje.
D: ok terima kasih.
Khamis, 21/04/2011, 10.00 am
A: Hello, saya ada buat report kelmarin, xdepun orang datang nak betulkan modem. Yang orang betulkan wiring ada datang. Yang modem ni kata nak datang, dah lebih 36 jam ni x datang2?
B: boleh beri saya, nombor report?
A: ********
B: Saya akan sambungkan kepada bahagian technician
E: Saya diberitahu, orang yang nak betulkan modem tu kata, semalam hujan lebat, jadi dia tak dapat datang, nanti dia daatng petang ni. Ada kat rumah tak?
A: Owh, hujan lebat yerp, xpe la kalau macam tu, saya tunggu technician tu datang, kalau saya xde mak saya ada petang ni. ( Dalam hati: kontraktor tu boleh pulak datang, siap panjat2 pasang wiring, yang sorang ni takut hujan lebat pulak. Hujan lebat ke? xpun!! ).
A terus menunggu, xdepun technician datang!! MEMANG menguji tahap kesabaran!!!
Jumaat, 22/04/2011, 9.30 am
A dan maknya, D ke kedai F
A: saya nak tukar modem (under warranty), modem ni rosak.
G: dah call support centre 100?
A: dah call dah....2x saya call...(dan menceritakan apa yang terjadi)...
G masuk ke belakang office nak ambil modem baru
G: sepatutnya modem ni tak boleh tukar kat sini, kena call 100 tunggu technician datang, diorang yang patutnya tukarkan. Tapi xpe lah saya bagi tukar. Modem baru ni sepatutnya untuk orang yang baru nak register aje.
A: ok terima kasih. (nak tunggu technician datang berjanggut kot, huh x peduli G nak cakap apa asalkan A dapat modem baru sudah, hehe)
moral of the story :
kali pertama buat kesalahan boleh bersabar,
kali kedua buat kesalahan boleh bersabar lagi,
kali ketiga buat kesalahan patutnya A kena bersabar lagi, sebab manusia tak sempurna, tapi A dah tak tahan sabar, kalau x sampai bermisaipun A x dapat nak access internet, dan nasib baik jugak A tak bakar kedai tu, x pasal2 kena masuk rumah besi, huhu
SABAR SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN, mari berpesan2 kepada kesabaran :)
No comments:
Post a Comment
-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P