Episod 4 : Ziarah bandar nabi

Kedai di sekitar Masjid Nabawi, takyah jalan jauh2 bawah hotel je dah penuh dengan kedai2, huhu. Diorang ni fasih cakap bahasa melayu. Ada tips mak saudara aku, kalau nak beli tu tawar harga setengah daripada harga asal. Contoh harga tudung 10 riyal, haa korang minta 5 riyal. Memang boleh dapat nyer, aku dah try. huhu. Lagi satu ni tips daripada aku, kalau korang cakap arab dengan pak kedai ni, memang diorang suka bebenau. Aku cakap satu perkataan jep, 'abyadh', diorang dah, "MasyaAllah, cakap arab," pastuh giler punya merundum harga barang. Lepas tu diorang siap doakan keberkatan ko. Itu memang respect tul orang arab ni. Itu baru satu perkataan, kalau korang lagi fasih agaknya boleh dapat free kot, huhu. Aku memang dah rancang nak bawa kamus arab dari rumah, tapi lupa pula. ("tuler, belajar arab 10 tahun kot, speaking pun terkial2, uhuh"). (Moral of the story (mots) : belajar bahasa arab dan amalkan :))

Kebab ni, sekali je aku makan, kalau dulu tiap kali lepas solat mesti aku melantak sebiji kebab, huhu

Macam yang aku beritahu di entry yang lepas, aku duduk betul2 depan perkuburan Baqi' Haa gambar ni diambil dari dalam bilik. Tak pergi dekat2 pun, sebab tengok tu, keliling pagar selalu penuh. Muslimat dilarang masuk tapi muslimin boleh, ada 2 waktu je, kalau tak silap lepas subuh dan lepas asar.

Haa yang ni zooming view, yang batu kecil2 tu batu nisan kat perkuburan tu. Rasanya, batu nisan tu tak bertanda, dan tak bertulis untuk mengelakkan pemujaan berlaku. Untuk pengetahuan, kat kubur ni ramai di kalangan isteri, keluarga dan sahabat Rasulullah s.a.w. di maqamkan di sini. Mak saudara aku bertanya, " bila diorang tanam jenazah?" Hmm akupun pelik, sebab perkuburan ni dia kata masih digunakan sampai sekarang, lagipun kat masjid Nabawi ni, hampir setiap waktu lepas solat fardhu akan didirikan sembahyang jenazah, tapi tak nampakpun ada jenazah ditanam sebab setiap kali masuk bilik je mesti nak jengok ke luar tingkap. Kalau tak silap, aku pernah dengar kubur diorang ni bertingkat, wallahua'lam.

Yang ni masjid Quba', masjid pertama yang didirikan Rasulullah s.a.w. "Barangsiapa yang bersuci (berwudu') di rumahnya kemudian mendatangi Masjid Quba',lalu mengerjakan solat di Masjid itu, maka baginya pahala seperti Umrah". (HR.Ibnu Majah & An-Nasa'ie) Bila nak ziarah masjid ni, ambil wudu' dari hotel, pastikan tak batal dan sampai je terus solat, insyaAllah, berdasarkan hadith, boleh dapat pahala seperti umrah.

Dah lepas tu kami melawat ke ladang kurma, kebanyakan kurma memang asal dari Madinah, kalau yang ada di Makkah pun sebenarnya diorang import dari Madinah, so kalau nak jimat duit, boleh la borong kat Madinah jep. Kalau nak yang fresh, datang terus ke ladang kurma.

Belakang ni ladang kurma, tuu siap bentang permaidani lagi ni, berkelah dalam ladang kurma. boleh dikatakan ladang kurma dia macam ladang kelapa sawit jep kat Malaysia. Dekat sini diorang ada serve air teh kurma, sedap2 huhu

Yang ni pula, jabal Uhud. Ingat lagi perang Uhud, perang kedua selepas perang Badr. Masa ni gigi Rasulullah s.a.w patah sebab orang Islam mabuk dengan harta rampasan kat bawah bukit. (mots : jangan langgar perintah ketua dan jangan tamak harta dunia )

Yang ni maqam para syuhada' peperangan uhud termasuk Maqam Saidina Hamzah bin Abi Talib (yang di sebelah kanan tu)

Ok, kami bergambar lagi berlatarkan jabal tapi bukan jabal uhud, huhu jabal uhud tinggi sangat, tak boleh nak naik.


Haa yang ni kat pasar kurma, memang semua jual kurma je, murah2, korang kalau nak pergi umrah boleh beli banyak2 kat Madinah jep, bukan kat Makkah, ini tips mak saudara aku, huhu

Masjid Qiblatain, masjid dua qiblat, yang mula2 qiblatnya dihadapkan ke arah masjid Al-Aqsa sebelum Rasulullah s.a.w. diperintahkan menukar qiblat 180 darjah ke arah Kaabah. Kawasan qiblat yang pertama ada ditandakan tapi tempat tu ada kat bahagian lelaki, perempuan tak boleh la tengok, huhu. Kat sini ada keajaiban berlaku, tempat solat perempuan kena guna escalator. Masa kitorang naik, escalator tu bergerak, tapi escalator yang turun tak berfungsi. Mula2 rasa biasa jep. Tapi masa nak balik tu, escalator yang static tadi dah berfungsi tapi yang escalator menaik tadi pula tak berfungsi. Bila fikir balik, rasa Allah dah permudahkan urusan kami, Alhamdulillah. Ramai kot, dengan orang yang berhimpit2, sampaikan ada yang solat dekat bahagian laluan orang ramai, memang ramai sangat. Bertolak2 la juga, boleh sampai tahap cam nak terjatuh kot, Erk, thanks God tak jatuh, huhu



No comments:

Post a Comment

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P