Bila orang kata....

Bila orang kata...
Melayu mudah lupa...
Aku akan cakap, "melayu kan manusia, maksud manusia pun lupa, hehe jangan melemahkan bangsa sendiri, cakaplah Melayu mudah ingat... hehe"

Bila orang kata...
"Janji melayu, cakap pukul 2.00 ptg sekarang dah pukul 3.00 ptg" aku akan cuba tetapi janji seperti sunnah Rasulullah s.a.w dan padam persepsi orang mengenai janji melayu yang selalunya tinggal janji dan tukar kepada "Janji melayu, memang menepati janji, tabik spring kat orang melayu, :)"

Bila orang kata...
"korang pengganggur memilih kerja"
Aku dah kerja sebagai production planner (gaji RM1000) right after graduation, kerja guru sambilan, 2/3 bulan, berniaga, hah apa lagi, sekarang ni hmm up la skit gaji walaupun kerja yang membosankan tapi banyak pengalaman baru, hehe. Ko nak cakap aku memilih kerja, memang nak kena lempangla...Eh tapi aku memang memilihpun, nak kerja kat Melaka je, tak nak negeri lain, hehehehe

Bila orang kata...
"korang penganggur kurang skill"
Skill apa yang korang nak ni? semua kerja perlukan skill yang sama ke? perlu diingat, setiap orang ade kelebihan dan kekurangan masing2, dan kekurangan aku, 'mulut berat' hehehe, bahasa Malaysia aku yang kureng apatah lagi Bahasa Inggeris, ngoi!! Dah tu punyalah gila aktif kat U dulu, padahal kat sekolah xdela seaktif kat U, tapi apa jadi sekarang, aku rasa memang nak koyak2 je semua sijil tu, menyemak je, hehehe
Tapi perempuan better jadi housewife kan? hehehe

Bila orang kata...
"kerja kerajaan la, kehidupan lebih terjamin, gajipun masyuk"
kehidupan terjamin kat dunia, tapi kat akhirat terjamin ke idak? sama je kan kalo kerja swasta, walaupun gaji sikit... Hmm, aku nak jadi lain dari yang lain, tak mengharap sangat kat kerajaan untuk hidup, hanya berharap pada Allah  :) Tapi kalau dah dapat kerja kerajaan tu apa salahnya kan... hehehe

Bila orang kata...
"Melayu ni pemalas"
Aku akan cuba jadi rajin, hehehe

Bila orang kata...
"Melayu suka banyak hutang"
aku akan kurangkan hutang aku, insyaAllah takde, sat g aku nak g bayar hutang coklat, hehehe

Bila orang tanya...
"bila nak kahwin?"
Loorrr kamu ni tukang bagi rezeki kat orang ke? kamu bukan tuhan.. hehehe Hmm insyaAllah tak lama lagi kahwin ler aku, hehehe

Selamat berpuasa dan Salam Ramadhan :)

No comments:

Post a Comment

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P