Lau sek farah!!!

hai hai.... awat aku rasa malas nak tulis kat blog?
maybe sebab lebih banyak buka facebook?

aku nak cerita ni, lepas aku tamat perkhidmatan jadi guru jQaf kat SKLB selama sebulan, kan aku dah nekad tak nak jadi cikgu lagi, cukup pengalaman sebulan jadi cikgu, ...(memang aku xde bakat jadi cikgu) . Tapi lepas maybe dlm 2 bln lepas tu kot, aku dgn x fikir lama2, setuju pula jadi cikgu kat sekolah menengah. Aikk... awat?? xpelah, nak try merasa mengajar budak sekolah menengah pula. Mana tau lain ke...

DAAN memang sangat lain, aku kena mengajar budak sekolah yang majoritinya kaum cina!!! huwaaa sangat mencabar!!! dan dan aku kena ganti 3 bulan!!! isk2 mengajar subjek sains form 2 dan form 3, pendidikan moral form 1 dan pendidikan sivik form 4. Memang terlalu mencabar dgn PBS yang aku rasa lebih buang masa kat bahagian 'data record'!!

TAPI aku timba pengalaman berguna kat sekolah tu :) walaupun aku ambil keputusan untuk berhenti lepas 1 bulan mengajar, kenapa? hehe nanti cerita. Dan yang pasti aku memang tak sesuai jadi cikgu. Kalau dah macam ni boleh ke aku jadi lecturer? Tapi bayang2 surat tawaran g temuduga lecturer pun xde, huhuhu sedih........

adios amigos!!!!

No comments:

Post a Comment

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P