situasi 1:
Dulu masa muda2 dulu (konon sekarang dah tua, hehe) selalu join program kat universiti. Yang paling bosan time meeting untuk event yang akan diadakan.
"kata pukul 8.30 pm, ni dah pukul 9.30 pm," ada yang mengeluh.
"kalau masapun tak dapat nak diuruskan dengan betul, macam mane nak urus event yang besar!!"
"betul2" ada yang memberi respons.
"janji melayu, biasalah" terdengar orang menjawab.
erkkk #$%^&&
situasi 2:
"kata pukul 9.00 am, tapi pukul 10.00 am baru nampak batang hidung" keluh dia menceritakan situasi yang tak menyenangkan.
"ala, biasala tuh, janji melayu, biasalah lambat skit, bertolak ansur la skit"
(masalah lorrr korang niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii)
kaitan antara 2 situasi di atas: biasalah, janji melayu!!!
please lah, tolong jangan jadikan alasan Janji Melayu untuk tidak menepati janji
jangan kita menjadi penerus tradisi Janji Melayu!!
Janji Melayu bukan sunnah Rasulullah SAW
Janji Melayu hanyalah adat yang menjengkelkan!!.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Tiga petanda orang munafik; apabila bercakap dia berbohong, APABILA DIA BERJANJI DIA MEMUNGKIRINYA, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment
-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P