dunia Politikus?

satu masa dulu, di sebuah desa, anak sedang berbicara dengan maknya
(anak tu, aku ler, hehe)

anak: mak, dulukan kenapa ayah marah sangat dengan diorang?
mak: hmm diorang x mengaku sepupu ko tu anak kampung sini sebab dia sekolah kat kg lain, nak dapat bantuanpun susah, tapi bila dia dapat 5A UPSR, tiba2 diorang kata sepupu ko tu anak jati kampung ni. Marahlah ayah ko...
(aku: relevankah??)

anak: sebab tu je?
mak: ada lagi, lebih kurang jugak situasinya, ni pasal mak sedare ko pulak, diorang x bagi bantuan jugak, dah la mak sedare ko tu cerai mati, dah tu kena besarkan anak2 sendiri, dah tu bila budak2 tu dah berjaya, dah bijak pandai, boleh sediakan rumah besar untuk mak dia, pandai pulak nak minta bantuan kat mak sedare ko tu...
(aku:untuk kali kedua, mungkinlahhh...)

ada satu lagi persoalan, takde pulak si anak nak tanya mak, sebab dia dah google sendiri, heheh

anak: pesal dulu kalo muka anwar ibrahim keluar tv, masa dia dgn UMNO ayah terus tutup tv?
google: sila search di wikipedia (half of the story can be trusted, maybe, hehe)

mari berhibur bersama lalang :)



dan sampai disini sahaja sejarah arwah ayah aku dulu dengan politikus,
dan ini pula kisah anaknya dalam dunia politikus, heheh

aku dibesarkan dengan banyak surat khabar,
kiri kanan depan belakang,
harakah
berita harian
sinar harian
keadilan
aku x baca semua kecuali berita harian hehe
tapi semua nya berubah bila...jeng jeng jeng...

reformasi!!! reformasi!!! reformasi!!!
dan bila ayah aku pacakkan bendera PAS kat depan rumah,
dan dengan gembiranya aku ambil gambar dengan bulan itu, hehe
dan aku mula baca semua surat khabar itu satu persatu
dan "uhhhh siapa yang betul ni?"

dan aku semakin benci,
bila dalam program wajib yang perlu dihadiri semua pelajar universiti,
program yang sepatutnya untuk membina jati diri anak muda
dikotori dengan menfitnah terang-terangan
so Obvious!!!

dan selepas itu aku mula menyibukkan diri dengan hal semasa
semuanya kerana inginkan anak-anak
generasi masa hadapan punya kehidupan yang baik
seriously!!
(dan aku hanya berani membantah secara diam, erkk)

orang kampung : tengok!! semua tanah orang kampung habis digadai, jual kat orang ****
pastu ****** buat rumah besar2, dah tu orang melayu xleh beli sebab mahal, tulah asik ikut telunjuk orang!!!

hmm no komen :(

No comments:

Post a Comment

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P