AidilFiTRi + MeRDeka

Selamat hari raya aidilfitri buat semua!! Selamat kembali kepada fitrah, maafkan salah dan silap. Semoga Allah menerima amalan kita, dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang2 yg mendapat kemenangan ((Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Wa ja'alana minal'aidil wal faizin). A really beautiful song for all my Beloved visitors :))



DAN

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan, (walaupun aku rasa Minda Orang MAlaysia masih ada yang dijaJah British) and a nice documentary for all Malaysians. Happy watching!! Semoga kita semua tak buta sejarah ;p (don't forget to compare the facts in the video with what we learned at high School) asah minda, asah otak, jangan malas nak berfikir (sambil mengetuk kepalaku sendiri, erk~)



some comments from DrMAZA in his facebook:

FIRSTLY:
....ada kemungkinan tindakan orang-orang melayu yang menjadi tentera dan polis British boleh justifikasikan atas beberapa alasan;

i. desakan hidup ketika itu..mencari rezeki

ii. strategi tertentu

iii. meminimakan mudarat seperti antara dua penjajahan Jepun dan British, mereka pilih British.

iv.tiada kesedaran yang diberikan

cumanya ada beberapa persoalan yang sejarah sukar maafkan mereka, jika;

i. mereka membantu British menangkap para pejuangan kemerdekaan yang menentang penjajah British.

ii membunuh para pejuang yang menentang penjajahan British.

SECONDLY
.‎..adapun komunis berada di bawah 2 penilaian..

pertama: mereka yang dituduh komunis semasa British kemungkinan mereka memang komunis, atau kemungkinan juga mereka pejuang kemerdekaan yang menentang British tetapi tidak menganut ajaran komunis cuma mendapat bantuan senjata dari pihak komunis.

kedua: mereka yang terlibat dengan komunis selepas 31 Ogos 1957; mereka ini memang penderhaka kepada sebuah negara yang merdeka.

selamat asahkan minda dan tajamkan fikiran, Salam Aidilfitri dan Salam seMalaysia, erk~


updated: just discover a new video, "we are not free yet..." from this nice blog.


No comments:

Post a Comment

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P