Pernah dengar perkataan fana, kumpulan nasyid selalu menyanyi, "di dunia yang fana~~~", kalau dalam OST Lagenda budak setanpun ada perkataan fana ni, Apa maksud fana sebenarnya?
Kalau berpandukan ayat di atas, dunia sifatnya tidak kekal, dan akan terhapus suatu hari nanti. Dan sudah semestinya fana bermaksud tidak kekal, dan hapus. Dalam erti kata lain , maksudnya lebih ke arah maksud negatif, betul tak??
Kalau search dalam internet, fana ada banyak maksud. Antaranya ketiadaan dan kehancuran. Nampaknya parallel dengan maksud diataskan? Lawan fana ialah baqa yang bermaksud kekal, dan abadi. Kita makhluk Allah bersifat fana dan sudah semstinya Allah bersifat kekal abadi.
Sebenarnya, maksud fana ada banyak dan ada juga yang bertentangan dari setiap sudut. Yang ni tak boleh nak ulas panjang-panjang sebab aku bukannya faham sangatpun. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh cari dalam internet yerp.!! tapi berhati-hati, takut tersilap ambil auta daripada fakta yang sahih.
Tadi tu baru intro, ni baru nak menjejaki 'puncak gunung', hehe. Tengok tak cerita 'Yang Terpuji' kat tv3 jam 9pm?? Best giler + kelakar, tapi aku tengok separuh je sebab mak (dan aku sebenarnya, hehe) nak tengok cerita indon, 'Syurga Untukmu', kat Astro Oasis. In short cerita 'Yang Terpuji' mengisahkan seorang budak nama Ahmad Muhammad, tapi keluarga serta orang kampung memanggil dengan nama panggilan Mamat. Ustaz budak ni tak bagi keluarga memanggil dia dengan nama Mamat sebab dah jauh benar maksudnya. Dari nama sebenar Ahmad Muhammad bermaksud yang terpuji dah menyimpang kepada panggilan Mamat yang bermaksud mati. Kan x best tu. Sebab cerita ni aku teringat perkataan Fana. Kenapa dengan Fana??
(Tadi tu second intro, huhu) sebenarnya, aku tak suka orang panggil aku dengan nama Fana. Yelah, nama aku bukannya panjang sangat, satu perkataan jep, tapi mungkin disebabkan mereka malas nak menyebut Farahana, (ada sesetengah xnak panggil Farah, maybe sebab diorang x rapat dengan aku so diorang malu nak panggil Farah, erk!!) jalan mudahnya Fana jelah jadinya. Tapi memang x sedap hatilah diorang panggil camtu. Dari Farahana yang bermaksud kegembiraan kami, paling pendek dan malas diorang boleh sebut Farah iaitu bermaksud gembira tapi diorang lebih memilih Fana yang bermaksud hapus, binasa. Ah, sedih dan pilu hati aku, cehhh~~
Macam biasa, aku susah sikit nak tegur orang, takut ada yang sensitif, payah!! nanti merajuk muncung sedepa!! huhu. Tapi first time aku tegur orang panggil aku Fana (x sebut tapi taip SMS jep, tapi walaupun taip jep aku tetap terasa x best, atau adakah aku yang sebenarnya sensitif?? tapi memang x bestlaa, huhu) Aku tegur tu pun secara SMS jugakla, harap2 orang tu faham. (dan memang dia faham sebab sampai sekarang dia tulis nama penuh walaupun kami sebenarnya kawan dah lama, ahakzz~)
Second time, aku tegur kat blog jelah, takut ada hati-hati yang tersinggung dengan teguran aku. Mungkin diorang x tahu, ni aku nak bagitahu walaupun aku tak tahu orang-orang yang panggil aku Fana ni baca ke x blog aku nii... huhu. Harapnya jangan panggil Fana la yep, kalau nak panggil nama penuhpun, jangan tinggalkan 'A' selepas 'R'. Bukan Farhana tapi Farahana, ok!! Parents aku dah bagi nama baik punya tapi ditinggalkan 'A' berciciran daripada susunan-susunan huruf F,R,H,N dan juga 3 deret A yang lain. huhu Tapi Farhana ok lagi, aku x kisah, sebabnya maksudnya pun sama dengan Farahana cuma jangan Fana yerp. Jangan Fana, (baca ayat ni dengan nada sedih). Erk~
Aku sangat sensitif bab2 panggilan nama ni, sebab sebutan semua tu adalah satu doakan kan?? Kalau panggil Fana je selalu, seperti macam korang doakan aku mati cepat pulak, janganlah... aku belum kumpul amalan banyak-banyak~~~ Tolong jangan!!! isk isk~~
p/s: fuyoooo panjang giler!!!!
farahana hamzah..!
ReplyDeleteterbaek..!
panggillah seseorang dengan nama dan gelaran yang beliau sukai dan janganlah memanggil dengan nama yang dia tak sukai. betul tak?
so aku panggil ko farah ye...:)
Hakhak, ko panggil aku Fana ke?? Tapi memang bestkan Farahana Hamzah?? :D
ReplyDelete