Episod 9 : “sedapnya biskut kering!!!!”





Pejam celik pejam celik, tak sangka hari ni dah masuk hari yang terakhir kami berada di kampung Chroy Meantrey. Hari ini still lagi membantu kerja-kerja di klinik, tapi memandangkan tak ramai pesakit, akupun apa lagi, pi makan angin kat pangkin luar tuh, mengadap sungai Mekong. Kalau nak tau, selama kami berada di Kemboja nih, takde setitis air hujanpun turun ke Bumi. Orang kampung kata musim hujan baru je lepas. Sekarang nih musim angin pulak. Memang berangin je 24 jam, tiap kali nak keluar rumah, baju tebal menjadi pilihanku, walaupun matahari sentiasa menyinarkan cahayanya yang terik, aku tetap setia dengan baju tebalku, huhu…. (aku merepek lagi…)

Sedang aku dan beberapa orang yang lain sedang menikmati angin bayu sungai Mekong, tiba-tiba member ajak naik kereta kuda. Waaa aku apa lagi, mestilah nak join sekali. Kami yang ‘terlebih excited’ ni pun pergilah ke tempat kereta kuda ditempatkan. Tapi hasrat untuk menaiki kereta kuda terpaksa dilupakan kerana skuad modul kekurangan kakitangan (aku dah pernah tunggang kuda, tak!! bukan kuda tapi unta..alaa sejenis la tu binatang berkaki empat, so tak heran sangat naik kereta kuda nih, huhuhu…buat apa aku mention kat sini?? erk). Untuk hari yang terakhir ni, kami sudah bercadang untuk memberikan sedikit cenderahati kepada kanak-kanak Kemboja. Aku ditugaskan untuk memberi biskut kering kepada mereka. Kawan-kawan yang lain ada yang bagi pensel, crayon, gula-gula, pendek kata apa yang kami boleh bagi kami bagi je sume.

Kerja ni memang sangat senang, tapi fuhhh penat juga. Cuba bayangkan, ramai budak berkerumun kat korang nak mintak biskut kering, (biskut kering je tuh…, bukan coklat ferrero rocher ke..cadbury black forest ke..ape ke…). Sampaikan yang habuk-habuk biskutpun diorang nak. Bila tanya, “pengi?” (pengi bahasa Kemboja maksudnya sedap) ade sorang budak angguk kepala tanda biskut kering tu sedap. Biskut kering je, tanpa disalut coklatpun diorang kata sedap. Cubalah tanya anak buah aku, for sure diorang kata tak sedap, nak pandang sebelah matapun tak nak.. huhuhu…. Mana taknye, taraf hidup di Malaysia aku rasa lebih baik jika nak dibandingkan di Kemboja. Memang lebih baik, tersangatlah baik. Bukan nak kutuk, tapi itu realiti, bagi pandangan aku la…. So kepada saudara saudari di luar sana, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana diberi nikmat tinggal di negara Malaysia yang aman damai dan makmur ini dan semoga kedamaian ini berkekalan sehingga kerdipan mata kita yang terakhir. Ameen…

2 comments:

  1. Asmkm,
    Tahniah. Kami pergi ke tempat yg sama setahun yg lepas.Kesian budak2 tu kan? Sebahagian wajah2 tu adalah kanak2 yang sama kami dekati dulu.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam, terima kasih =)

    ReplyDelete

-saya salah? sila betulkan dengan beri komen yang bernas
-saya betul? sila bagi semangat kat saya, huhu
-saya nak tahu apa yang otak kamu sedang fikirkan :P